Posts

Showing posts from June, 2018

Adakah kita tertipu?

    
Keparahan manusia yang sering menolak fakta menyebabkan aku terpanggil untuk menambah satu entri kepada entri yang sebelumnya yang bertajuk "Kenapa percaya teori konspirasi?". Kali ni aku nak sentuh sedikit tentang apa yang menyebabkan manusia masih degil untuk menerima fakta yang sudah terang lagi bersuluh tentang kebenarannya. Malah, mereka membenarkan penipuan. Aneh, bukan?

Semasa aku menulis entri ni, aku rasa seram sebab perkara ini berkaitan dengan penggunaan bahagian otak manusia untuk membezakan kebenaran sesuatu perkara berdasarkan fakta atau auta. Berbeza dengan teori. Teori ialah sesuatu maklumat yang belum mampu dibuktikan oleh fakta, tetapi belum jugak dapat disangkal dengan fakta. Manakala fakta itu sendiri merupakan sesuatu yang telah dibuktikan, sama ada nilai significant fakta tersebut rendah atau tinggi, ia masih telah dibuktikan.

Jadi berbalik kepada fungsi otak tadi, keupayaan untuk membezakan kebenaran berdasarkan fakta atau auta terletak pada cognitive skills kita. Aku bukannya ahli psikologi, jadi aku tanak sentuh banyak sangat tentang cognitive skills ni. Cuma apa yang aku nak sampaikan ialah kepentingan menerima fakta dan membenarkan kebenaran. Jadi kenapa masih ramai yang mempercayai penipuan? Menurut kajian yang dijalankan oleh Hasher et al. (1977) frekuensi sesuatu kenyataan menjadi kriteria utama untuk menjadikan kenyataan itu benar. Maksudnya, semakin banyak kita dengar sesuatu, semakin tinggi kepercayaan kita terhadap sesuatu kenyataan tersebut, walaupun kenyataan itu tipu!

Tahu tak tentang illusory truth effect? Fenomena ini berkaitan 'perasaan' senang (comforting) apabila menerima maklumat yang pernah kita dengar atau baca. Malah kita akan secara separa sedar (subconscious) berkata "oh betul la, aku pernah baca ni." kemudian kita terus percaya bulat bulat. Kenyataan atau maklumat seperti ini ini sangat banyak digunakan terutamanya dalam bidang perniagaan (pengiklanan), propaganda politik dan gosip lah apa lagi (tapi gosip yang tujuannya menipulah hehe). Sasarannya ialah bahagian kognitif pada otak. Perkara yang penting dalam illusory truth effect ialah sesuatu itu mestilah dilihat seperti 'fakta' yang sebenarnya auta atau diselewengkan sebelum disebarkan ke khalayak. Semakin 'fakta' ini diulang ulang, semakin ramai akan mempercayai perkara tersebut. Cuba kita semak balik berapa banyak 'fakta' yang kita selalu dengar seperti "Vitamin C boleh mengubati selesema.", "Kita menggunnakan hanya 10% otak.", "Lembu tak suka warna merah." ataupun "Hutang negara berjumlah 1 trilion."? Adakah ia fakta atau 'fakta' yang diselewengkan? Pergi buat research cepat. Hehe.

Kita semua pernah tertipu, termasuk aku yang jahil ni. Tetapi bagaimana kita nak elakkan daripada terus menerus terjebak dalam semua ni? Apa yang boleh kita buat ialah pertama kita perlu sentiasa mempersoalkan fakta, walaupun kita dah tahu perkara tersebut. Kedua, kita semak fakta tersebut daripada segenap sumber. Barulah adil! Kemudian yang terakhir ialah kita berdoa kepada Allah, supaya diri kita sentiasa berada di jalan kebenaran, inshaAllah. Sebelum aku undur diri, jom hayati video di bawah. Cheers.



Persoalkan fakta sebelum percaya.