Posts

Showing posts from May, 2018

Akhlak dan politik

    
Pilihan raya kali ni sangat mendebarkan. Ia bukan seperti pilihan raya yang sebelumnya. Getir, sengit dan apa jualah yang menggambarkan peristiwa tersebut. Aku mempunyai berbeza pandangan tentang politik dan aku juga tidak memihak kepada sesiapa. Jika aku dipaksa memihak juga, pastilah aku meletakkan agama dan bangsa di hadapan, bukannya nafsu.

Sayang seribu kali sayang. Setiap kali pilihan raya ataupun berlakunya isu berkaitan politik, pasti keadaan yang sama akan berlaku. I repeat, the exactly same situation will happen. Melayu yang terkenal dengan budi bahasanya, telah hilang (they don't feel good). Lalu muncul Melayu yang menjadikan nafsu sebagai pemandu. Biarpun berserban, biarpun bertutup litup, yang penting dapat meluahkan segalanya sekalipun yang menjadi benteng ialah syariat agama. Ia bukan mudah bagi aku tetapi ia hakikat yang acapkali berlaku. Politik di Malaysia ialah pintu fitnah yang paling besar. Pintu yang bertahun dikunci oleh ulamak kita, melalui nilai agama, nilai Melayu kita, tetapi lihatlah siapa yang menolaknya?

Akhirnya kunci pun dibuka.