Posts

Showing posts from 2018

Kenapa percaya teori konspirasi?

    
Hairan dengan dunia. Semakin ramai yang mempercayai benda yang mengarut sehingga jadikan ia satu prinsip dalam hidup yang akhirnya tidak membawa ke mana mana. Seperti vaksin dan homebirth yang sekarang kecoh. Sebenarnya bukannya terlalu susah untuk kita tahu sesuatu itu benar ataupun palsu. Tetapi tidak terlalu mudah jugak. Jadi aku cuba cari kenapa manusia ni terlalu mudah mempercayai bulat bulat tentang teori konspirasi. Sebelum tu aku nak bagitahu, bila hands on (macam exam pulak) memang susah nak bezakan samada konspirasi itu benar atau salah. Jadi biasanya bila perkara ni terjadi kepada aku, otak aku secara automatiknya akan jeniskan samada perkara itu soal akidah, hukum agama, atau sekadar berita berita. Dari situ mudah lah sikit tugas aku, samada aku nak teruskan merujuk atau aku hentikan je maklumat tu, "period". Kemudian, watlek watchil, dan teruskan hidup macam biasa.

Teori konspirasi ni macam satu penjelasan tentang perkara yang tak boleh explain dengan bukti saintifik (unnatural phenomenon) ataupun pemahaman yang berlawanan dengan apa yang telah disepakati oleh ahli pakar. Jadi orang yang percaya teori konspirasi ni macam someone yang swim against the current la kot. Perspektif manusia ni kadang kadang suka berat sebelah melalui "confirmation bias" dan "proportionality bias". "Confirmation bias" tu kecenderungan otak kita nak percaya dengan apa yang kita nak percaya, dan "proportionality bias" tu pulak lebih kepada sebab-akibat sesuatu perkara (rationality). Bila aku nak buat research tentang sesuatu benda, aku akan baca banyak sumber, jika ada dua benda contradict, otak aku terpaksa nak pilih salah satu, jadi pemilihan ni la boleh jadinya bias, bergantung kepada beberapa sebab.

Pertama sekali sumber utama itu sendiri la kan, dia nak jaga maruah ataupun unique value yang ada tentang perkara tu. Lepas tu kita sebagai pembaca pulak memang naluri kita nak tahu sesuatu yang menyenangkan (comforting) dan kita rasa kita perlu kawal maklumat yang sampai dalam otak. Contohnya, bila kita yang pegang stereng kereta kita rasa selamat, biarpun bawak laju tapi kalau orang lain bawak kita rasa kurang selamat (especially bila perempuan bawak haha). Jadi memang secara semulajadinya kita ada perasaan nak kawal pendirian kita, macam istilah ego, dia je betul. Kemudian barulah yang terakhir sekali latar belakang kita, daripada didikan masa kecil, sehingga pegangan agama kita, semuanya sekali membentuk pemikiran kita. Jadi kesemua sebab nilah yang akan letakkan kecenderungan diri kita ni nak percaya yang bumi ni rata, penyakit penyakit kat dunia ni ciptaan manusia, ataupun Avril Lavigne sebenarnya Melissa?! Haha. Tapi yang menariknya, aku ada terbaca bahawa semakin kuat orang tu percaya teori konspirasi, semakin tinggi kecenderungan mereka menolak fakta sains. Make sense.

Sebenarnya bukan teori konspirasi je, semua bendalah yang ada perselisihan pendapat mesti kita akan cenderung ke salah satu arah. Aku biasanya akan pilih jalan tengah kecuali perkara yang melibatkan akidah. Tapi kalau setakat tentang dunia ni dikawal oleh keluarga Rothschild lah bumi tu rata lah, aku tanak letakkan pendirian aku kat mana mana, tapi bukan bermaksud aku tak tahu, cuma ia tak mengubah apa apa pun. Aku lebih cenderung ke arah penjelasan yang berasaskan fakta bukan cerita. Pemahaman daripada kata sepakat ahli pakar. Apa apa pun, sejak dunia dah di hujung jari ni, aku pun ingatkan la diri aku supaya fahamkan perkara teras dalam hidup ni, biologi, fisik, komputer, agama dan sebagainya. Kemudian cuba cari maklumat tu daripada sumber yang dipercayai oleh ahli pakar, bukan sumber yang kita nak percaya, be fair. Akhir kalam, aku tanak mengubah sesiapa, selagi perkara tu tak mengubah akidah kita, berlembutlah. Tak payah lah kalau aku percaya peristiwa "moon landing" terus kata aku sesat, duhh. Tak masuk neraka pun kalau percaya ataupun tak percaya benda tu. Kalau tak tahu pun takpe!

"We are shaped by our thoughts, we are becoming what we think." - Buddha.

Sesal kemudian tak berguna

    
Sedang kita berdosa kepada Allah, kemudiannya bertaubat, maka yang mengampuninya ialah Allah yang Maha Pengampun. Atau sedang kita berdosa kepada manusia, kemudiannya sukar untuk meminta maaf, tetapi jika kita memberanikan diri, boleh sahaja manusia itu memaafkan kita. Jadi walau apa pun dosa yang kita lakukan, pengakhiran dosa tersebut boleh juga diampunkan.

Tetapi hitam hitam yang terpalit dalam hati ini tidak mungkin akan hilang dengan hanya meminta maaf. Ia seperti menghilangkan satu memori. Semakin kau ingin melupakan, semakin ia datang.

That question I remembered

    
When I asked "Why can't you accept me?", I always wanted to know the reason. But then she said "I don't know.".

Explaining emotions can be more brutal year-on-year, but things just happened like I have no feelings. Stop complicating situation, lay back and smoke weed for at least one last time. Because what ever we did, ever since we knew each other, were just a deceptive drama.

Bringing back all those memories onto a page of book, and what I get is a fears of flipping through the next pages.

It is time

    
Masanya sudah hampir tiba tetapi sesetengah daripadanya telah tiba. I am not telling things that people are alarmed with, but I am telling the real thing that most of people don't know, a truly movement "hidden" in the middle of this weird world. The world with so many noises, so many opinions and so many weirdos. Perhaps you will say, I am sick of this story but sometimes you have to know there is some more things that most people don't know, even though it was near and surround us. Behold, even those who know, they are all confused (including me), except for those who are guided (I guess). I just wanted to strengthen mine, I don't care yours. But at least I have few words to those who reads.

Get up, and stop saying "I am going continue my life as the way it is". Get out of your comfort zone, and open your hearts. Remember when we are still child, what mom used to sing us as a lullaby?

Laa ilaaha illallah, Muhammad rasulullah.