Perubahan

Perubahan bukannya sentiasa ke arah yang lebih baik, tetapi boleh jadi sebaliknya. Walau bagaimanapun, yang dikatakan "perubahan ke arah lebih baik" juga tidak semestinya baik, ada yang terpesong akidahnya, ada yang terlalu terbuka fikirannya dan menjauhi agama. Aku menilai dari sudut Islam, agama yang mulia, maka pasti dari sudut pandangan aku mempelajari Islam, bermazhab Syafi'e, berakidah Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah perubahan yang terbaik.

Kelalaian dalam menuntut ilmu agama sebenarnya punca terjadinya seorang Islam itu mudah mempercayai tiadanya Tuhan, merasa agama itu merosakkan malah tidak menolak hubungan sejenis. Agama itu untuk diselami, dihayati. Ajarlah anak menuntut agama sebelum kamu memaksa mereka menuntut ilmu dunia, kerana agama itu indah dan tidak menerima agama itu rosak lagi merosakkan.

Jauhilah pemikiran yang menjauhkan anda dari agama, menolak bermazhab dan berakidah yang salah. Berdoalah, sementara pintu taubat masih terbuka seluasnya.

Love, Arif.

Comments