Jul 15, 2016

Dosa

Dosa yang agung ialah menduakan-Nya,
Dosa yang mudah ialah meninggalkan perintah-Nya,
Dosa yang biasa ialah melakukannya.

Entah kenapa aku selalu leka dengan dunia, sehingga aku rasa aku sudah tidak ada harapan untuk mendapatkan Hidayah-Mu. Jadi Kau campaklah benih benih kesungguhan dalam diri aku, supaya aku rasa gagah untuk menolak yang biasa, dan teguh mempertahankan yang susah. Wahai Tuhan, Kau lagi kenal diri aku daripada aku kenal diri aku sendiri, jadi Kau bimbinglah aku, jadikanlah setiap detik dan saat itu, masa untuk merindui-Mu, dan jauhkanlah aku daripada memikirkan perkara yang boleh membuatkan aku jauh dari-Mu.

Amin.

1 comment:

sedia memberi ulasan ?