Posts

Showing posts from June, 2016

Fokus

    
Sedar tak sedar dah lama aku tak perah otak menulis blog. Bukan sebab sibuk, tiada idea ataupun malas tapi untuk aku menulis blog sebenarnya memerlukan satu perasaan untuk menikmati penulisan itu sendiri.

Aku ingin jugak menulis tentang itu dan ini cuma aku belum pasti bila perasaan itu akan datang. Biarlah, aku bukan menulis untuk memberi kepuasan kepada siapa siapa tetapi diri aku sendiri. Dan aku akan terus menulis untuk diri aku.

Sekarang aku perlu belajar fokus dahulu.

One letter two hopes

    
Hari hari biasa aku sudah bermula. Entah kenapa kebelakangan ni, hatiku dipautkan dengan rindu pada seseorang. Ya, orang yang sama sahaja padahal aku sudahpun tinggalkan semuanya jauh di belakang dan akhirnya cubaan aku semuanya gagal dek kerana satu mimpi yang tiba tiba.

Jadi aku luahkan semuanya atas surat yang aku tulis terus dari hati. Aku berharap kau pergi, atau sebenarnya aku nak kau datang lagi.

Satu surat, dua harapan.