Posts

Showing posts from March, 2016
Jika aku mempunyai spesis aku sendiri,
pasti aku dan sekutuku akan semakin pupus.

Kerna keadaan sudah mulai berubah,
membuatkan aku tawar hati untuk berada di bumi.

Ini semua gara-gara cinta tak jadi!
pernikahan adalah untuk membebaskan diri daripada kongkongan keluarga merupakan maksud penting bagi aku. seterusnya barulah berkait rapat dengan tanggungjawab. dalam hidup semuanya seimbang; terlepas dari satu bulatan, termasuk di dalam bulatan yang lain pula. biarlah apapun definisi yang kau bagi, akhirnya kau akan laluinya nanti, dengan izin-Nya. Dalam masa dua bulan dua orang kawan aku sudahpun berumah tangga. Tahniah kepada kedua-duanya. Rezeki kaulah dapat dulu.


Kawan Ibnu Sina. After years tak jumpa bolehlah rasa 'nak cerita apa' bermain dalam fikiran. Tapi nasib baik soalan diorang sama je; "kau kat mana sekarang?" dan banyaknya dipenuhi gelak je. Tak tahu pape pun. Semoga berjaya kepada semua kawan kawan Ibnu Sina! Nanti ada yang kahwin kita jumpa lagi.


Tapi yang satu ni GB; boleh jadi Gila Babi, Gong Badak, ataupun papelah, malas nak cerita. Sebab GB ni banyak rahsia!

HIHI!
Sesempurna rehat bila tidur dihiasi dengan mimpi. Mungkin ia dari Tuhan dan mungkin juga dari syaitan. Walau tahap otak pada paras yang paling rendah penggunaannya sekalipun masih boleh berimaginasi. Jika aku andaikan realitinya aku ialah mimpi manakala mimpinya aku ialah realiti, pasti aku akan lebih bahagia.

Sebenarnya mimpi aku masih terhias oleh ilham yang aku nukil nukilkan setiap hari. Belum pasti untuk berterima kasih, ataupun berkasar dengan keputusan ni. Tapi aku pasti, satu hari nanti, aku akan lebih mencintai mimpi daripada bergantung pada hati yang sudah lari.

Teruskan melihat mimpi dari sudut realiti.