Susun Semula

    
Dunia dah tak macam dulu. Semuanya berubah 180 darjah. Kadang kadang aku terfikir perubahan ni disebabkan apa; keadaan, umur ataupun zaman. Otak aku pening memikirkan hal ni. Mungkin bagi kau benda ni tak perlu dipanjang panjang dan kita perlu teruskan hidup macam biasa dan mungkin aku rasa kau betul. Tak perlu kusutkan otak dengan hal yang kau sendiri tak boleh nak ubah.

Aku mungkin boleh letak tepi topik "perubahan" ni sebenarnya tapi bila "perubahan" tu dah masuk dalam lingkungan keluarga aku, tolak macam mana sekalipun aku tetap akan fikir. Jika betul "perubahan" itu lebih banyak kebaikannya dari keburukan, aku bersyukur dan jika sebaliknya, aku hanya mampu meminta Tuhan untuk sentiasa pandu aku dan keluarga aku ke arah yang lebih baik. Mungkin "perubahan" itu ialah sesuatu yang boleh berubah-ubah jugak?

Hey.

Dari kaca mata yang baru. Mungkin dalam masa yang singkat ni aku akan susun semula otak aku yang serabut dengan pelbagai perkara. Perkara yang sepatutnya aku fikirkan, dan perkara yang tak sepatutnya aku fikirkan.

Tak semua benda aku kena fikir. Kan?

Comments

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak