sumber dalam talian

Aku tengok terlalu banyak sangat sumber dalam talian yang merungkai berita berita terkini, fakta dan sebagainya. Aku tak kisah pun dengan isi sebab kebiasaannya aku tengok isinya dipetik dari akhbar akhbar rasmi, tetapi olahan dan tajuk penulis tersebut. Yang membaca pun apa kurangnya, mengolah jugak.

Boleh tak kalau aku kata ini satu penyakit? Penyakit ni dah lama sebenarnya, melalui blogspot dan kalau yang kaya sikit diorang ada laman sesawang sendiri bersama iklan iklan yang berbayar. Perasan tak dulu? Sama je kan, cuma dulu internet tak laju. That's all.

Kerana bila anak anak belikan mak dan ayah telefon pintar baru (dengan alasan senang nak Whatsapp), secara perlahan lahan penyakit ni hinggap. Aku kesalkan perbuatan itu tapi tak boleh nak buat apa sebab bila diorang dah mula pandai guna engin carian ataupun yang paling mudah anak anak ajar guna ialah "Facebook" (The Center of Knowledge nowadays), semuanya dah terlambat. Aku tak risaukan pornografi, ataupun iklan iklan berbayar kat internet tu tapi sumber bacaan diorang tu. Selalunya ayat "aku tengok kat Facebook... itu... ini..." mungkin akan selalu kau dengar zaman sekarang ni tapi sebenarnya tak semuannya dari Facebook tapi pautan yang menyambungkan Facebook ke laman sesawang yang lain. 

Aku pernah cakap pada ibu aku, jangan terlalu percaya dengan maklumat di Facebook tapi esoknya sama sahaja dia percaya. Aku tak marahpun sebab aku tahu, aku takan mampu nak halang. Aku pun tak tahu nak ajar macam mana cara nak fahamkan ibu tentang penilaian sumber dalam talian ni. Aku pantau dan biar selagi ia tak merubah keperibadian ibu aku kepada yang lebih buruk dan merubah kepercayaan ibu aku kepada pengabdian (walaupun mungkin ada 1 peratus perubahan but it is still okay). Ayah aku pulak? Kau tolong sampaikan boleh sebab kalau aku cakap satu, dia mesti tambah dua. Jadi aku malas. 

Sebelum menilai sesuatu maklumat di internet, pastikan sumber itu dari mana. Jika hadith perlukan sanad untuk memastikan kita berada di laluan yang Tuhan redha, maklumat di internet juga perlukan sumber dan bukti yang banyak, barulah apa apa yang kita katakan selepas itu bukan sesuatu yang berbaur fitnah. Itu je yang aku mampu bagitahu pada diorang dan akan selalu bagitahu pada diorang. Aku tak boleh nak bagitahu cara cara nak memastikan maklumat itu dari sumber dan bukti yang banyak pada diorang sebab ia terlalu rumit, dan perlukan pembacaan tambahan dan aku jugak bukan seorang pendebat (just in case I need to explain and argue). Jadi aku gunakan ayat tu je hehe.

Mungkin satu hari nanti anak anak boleh gantikan ayat ayat orang tua seperti "kau perlu percaya pada aku, aku makan garam dulu daripada kau" kepada "kau perlu percaya pada aku, aku main handphone dulu daripada kau". Kemudian mereka berkurang ajar bersama sama dengan orang tua.

Aku sayang keluarga aku dulu okay?

Comments