Jan 31, 2016

Pentaksub Politik dan Akhlak

Dunia kini penuh dengan toksik yang semakin menghakis akhlak masyarakat terutama dalam arena politik. Gua hairan kenapa pentaksub politik berkeras untuk menyuruh kenalannya ikut sama dalam parti dia. Jika dia tanak, mungkin akan dihidang dengan makian atau mungkin dengan kalam kalam Tuhan yang meyakinkan walaupun belum pasti kesahihannya. Jadi dia akan rasa sakit hati atau serba salah.

Gua tak halang lu berpolitik, dan gua jugak bukan anti-politik. Lu tetap kawan gua sama rata. Gua andaikan politik sebagai satu bidang yang berbeza dengan minat gua. Ia sekadar prinsip dunia dan ia bukan prinsip dalam agama untuk dipaksa.

Kita mungkin boleh menilai sesuatu dengan prinsip yang kita pegang, tapi tak patutlah ketepikan akhlak hanya semata mata menegakkan prinsip kita yang sedikit berbeza dengan orang lain. Kalaupun prinsip mereka salah sekali, itu bukan tiket untuk kita jadi tak berakhlak.

Gua bukan disebelah parti pembangkang ataupun kerajaan, dan entri ni bukan untuk menegakkan mana mana parti. Gua cuma menyebelahi orang yang berakhlak, tak kisahlah lu siapa. Cuma nasihat gua kepada sesiapa yang terlalu taksub dengan prinsip mereka, tak kira dalam politik, agama, bangsa dan budaya, hidup berprinsip ni mudah saja; lu pegang lu punya, gua pegang gua punya; lu hormat gua punya, gua hormat lu punya. Tapi jika lu nak gua ikut prinsip lu, buktikan. Bukan terangkan.

Ini tengok perangai lu pun nak termuntah. lagi lu nak suruh gua ikut lu.

No comments:

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?