Perempuan yang paling aku sayang ialah ibu aku. Tabah dia, aku rasa pasak gunung pun goyah lagi. Dalam banyak banyak indahnya ibu aku, satu benda yang bila aku kenang kenang, boleh keluar kaca dari mata aku. Benda tu adalah bila ibu aku menangis.

Aku tahu, aku belum mampu lagi nak bagi ibu aku apa apa. Yang aku tahu, susahkan ibu aku, marah ibu bila tak dapat apa yg aku nak, aku buat tak kisah tentang ibu aku. Tapi entahlah, aku hairan macam manalah dia besarkan aku dengan baik sekali dan jarang sekali aku nak ucap sayang kepada ibu aku. Dengan perempuan lain bukan main lagi. 

Aku tahu sekarang ni ibu susah nak faham aku. Dulu aku memang suka cerita macam macam pada ibu aku. Balik balik sekolah tak bukak beg lagi aku dah bebel pada ibu aku tentang apa yang berlaku kat sekolah; gaduhlah, hilang helmetlah, kucing matilah, entah pape. Tapi sekarang berbeza gila, aku rasa bila aku cerita apa apa pada ibu aku, respon ibu aku dah tak macam dulu, jadi buat aku terus malas nak cerita. Sebab masalah aku semua masalah abad 21 agaknya. Aku tak rasa yang ibu aku anggap aku matang, sebab aku masih lagi gedik dengan ibu aku.

Memang ibu banyak ajar aku, banyak sangat. Sampai satu hari nanti, aku sendiri nak bawak ibu aku, ke tempat yang ibu nak sangat pergi; Mekah dan Madinah.

yang dulu dulu tu bolehlah aku kesal sampai tua.

Comments