moden dan bebas

    
Jika diselit selit tentang agama dalam proses pemodenan negara, pasti ia akan bersimpul biul dan akhirnya manusia mula bengong dan bergerak sendiri mengikut logik. Aku teringat kata seseorang yang dunia akan menjadi semakin moden sehingga terlalu banyak ilmu yang dikuasai oleh manusia, perdebatan tentang kajian kajian berkenaan dunia mahupun agama semakin hebat sehinggakan semut yang diceritakan di dalam kitab juga dibahaskan tentang jantinanya. Tapi sejauh mana kebenaran kata kata tu aku pun tak pasti tetapi aku memang selamanya akan berpegang dengan hipotesis aku iaitu semakin dunia maju, semakin manusia rasa terbeban dengan agama.

Aku bukanlah pengamal agama yang teguh, tapi aku juga tak suka orang memperbodoh bodohkan agama hanya untuk melaksanakan agenda mereka. Ya, agama akan menjadi payah. Tak perlulah sesetengah golongan cuba mempromosikan agama dengan slogan "agama itu mudah" pada zaman kini.

Berbalik kepada hipotesis aku yang semakin hari semakin membenar, bebanan yang manusia hadap ni seterusnya akan mewujudkan beberapa golongan yang cuba membebaskan diri mereka daripada ikatan agama, kerana pemodenan takan boleh dinikmati sepenuhnya jika agama ada. Lainlah kalau moden berasaskan agama, tapi aku tak rasa masih ada pemodenan yang berlandaskan agama sepenuhnya, semuanya pasti ala ala barat. Bersyukurlah pemimpin dahulu menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi dan bangsa "Melayu mestilah beragama Islam" di dalam undang undang tertinggi negara dan seterusnya menyelaraskan mazhab. Sekurang kurangnya susahlah sikit golongan tersebut nak pecahkan "benteng" itu.

Jadi selepas ni, jika pemimpin dan kita sendiri rapuh, tak mustahil golongan golongan yang menjalankan agenda mereka secara underground ni akan lebih terbuka dan akhirnya berjaya. Aku tak risau dgn agama lain kerana aku tahu asas agama semuanya sopan sopan tetapi fahaman agama yang bercampur dengan logik, sikap buruk dan falsafah yang salahlah yang aku lebih risau.

Kadang aku ingin juga mengaitkan dunia kini dengan zaman moden kaum terdahulu di mana aku pasti teknologi mereka jauh lebih hebat daripada apa yang aku lihat sekarang. Tapi aku bukanlah orang yang selayaknya untuk pergi lebih dalam.

Semakin maju, semakin banyak dosa juga.

Comments

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak