sekadarnya

Sudahlah wahai hati, ini bukan kali pertama kau jatuh pada orang yang salah. Apa lagi yang kau nak ungkitkan? Sudah tiada apa lagi. Kau cuba samakan apa yang kau rasa dengan hati yang satu lagi bukan?

Sudahlah wahai hati, usah kau bazirkan masa kau untuk tu. Aku sudah mati akal untuk meredakan apa yang kau rasa. Rasa serba salah aku pada kau masih lagi ada dan apa yang aku perlu lakukan lagi untuk kau lupakan dia? Dia sudahpun bahagia dengan hati hati yang dia punya. Sekarang kau perlu tunduk dengan fikiran aku untuk seketika sama seperti dulu. Jika kau rasa fikiran aku terlalu rendah nilainya, kau tunduklah pada Tuhan. Jika itupun kau masih berdegil, aku sendiri akan lakukan perkara tu. Lama lama kau akan akur juga. Aku tahu kau sunyi, aku juga. Tapi kau perlu faham yang cinta itu hanya perlu diluahkan pada orang yang betul betul kau cinta.

Bukannya sekadar untuk menghilangkan rasa sunyi.

Comments