bila kau cakap diri kau jahat, aku yakin maksud jahat itu bergantung kepada individu itu sendiri.

tapi kau belum pernah rasa hidup dibuang keluarga, seksanya bila rasa diri dah takda nilai daripada pandangan manusia. bila kau tak dididik dengan agama, diselimutkan kasih sayang dan didodoikan nasihat. saat kau buka mata, dunia yang orang kaya pandang sampah yang kau kena lalu. dan kau perlu lalui jalan sampah untuk teruskan hidup; edar dadah, makan sampah, bunuh orang, diugut bunuh, jadi hamba ketua ketua samseng, atau terpaksa mencuri dan sentiasa lari dari manusia untuk teruskan hidup kau. hidup yang kau sendiri tanak pun lalui tapi nampak seperti hanya itu satu satunya jalan yang boleh kau pilih. pedih sial.

atau mungkin kau seorang yang mempunyai hidup yang orang pandang sempurna, tapi sebab kau ada masalah pada mana mana bahagian otak kau mula nak hidup memberontak, mula kenal dadah bila kau mula hilang arah, mula merosakkan diri kau bila takda orang yang nak tahu apa masalah kau, dua tiga kali masuk keluar penjara, atau kau sendiri yang cari masalah dengan perkara yang undang undang gariskan sebagai jenayah. bila jalan yang kau pilih tu payah nak keluar, kau rasa takda harapan lagi, kau takda kekuatan daripada orang sekeliling kau, serba salah pun tak guna, takda orang kisah. pedih jugak sial.

jadi lihatlah dunia yang luas sebelum kau cakap apa apa kepada orang sekeliling kau, jangan terlalu mudah lemparkan kata "aku ni jahat" atau "aku ni bukannya baik sangat" hanya bila kau terlepas perkataan maki sekali sekala, atau kau terlupa hari jadi ibu atau ayah kau, atau kau selalu bangun pukul 10 pagi, atau selalu tak tolong ayah kau cuci kereta, atau apa apa sekalipun, jangan terlalu mudah, sebab bila kau lemparkan kata tu pada orang yang lalui hidup yang payah macam contoh yang aku bagi tadi, kau ingat dia tak sedih ke apa? lebih baik kau bina semangat diri kau sendiri sebelum kau nak kata itu ini padahal benda tu kecil.

walau aku rasa diri aku teruk, tapi aku rasa Tuhan masih sayangkan aku. jadi aku rasa cukuplah, dengan apa apa yang Tuhan dah tunjukkan kepada aku. aku tak perlu nak label diri aku jahat, atau update di laman sosial tentang diri aku. biarlah orang tertentu sahaja yang tahu masalah aku. mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku dalam hidup aku, yang Tuhan masih diamkan semua ni dari pengetahuan orang yang aku paling sayang sekali di dunia ni iaitu ibu, ayah dan keluarga aku sendiri.

terus beri aku petunjuk, Tuhan.

Comments