manusia dan telefon pintar

    
Rata rata manusia memiliki telefon pintar. Tak kira bangsa, agama mahupun usia. Dunia berubah dengan begitu pantas sehingga gua tak sempat nak banding analisa tentang telefon pintar dan perubahan sosial dari masa ke masa.

Betul, kepentingan teknologi kini sangat penting. Tapi sejauh mana kepentingan itu diletakkan; adakah lebih dari Tuhan? Kebelakangan ni gua tertarik untuk melihat penggunaan telefon pintar di kalangan manusia dan gua membanding nilai dengan diri gua. Ternyata secara zahir, kita leka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita lebih kisah dengan perkara yang jauh dari kita daripada apa yang berlaku di depan mata.

Dalam masjid pun kita masih berurusan dengan dunia maya, kita mudah bosan ketika menunggu azan, ketika rasa macam nak lepak dalam masjid tanpa niat iktikaf dan sebagainya. Susah untuk kita mengambil masa 30 minit untuk diam dan menikmati bunyi kipas angin masjid sambil menggerak gerakkan bibir memohon ampun dari Tuhan atau memuji-Nya. Itu dengan Tuhan, dengan manusia lain pulak gaya dia. Macam gua? Apa lu rasa bila lu selisih sebelah gua ketika gua asyik bermesra dengan telefon pintar gua dan waktu tu lu rasa nak sedekah senyum pada gua? Atau masa tu lu ada gula gula lebih nak bagi gua, tapi gua tak sedar kehadiran lu walau sebatu jauhpun lu dah senyum pada gua.

Sebenarnya gua pun sama, tak dapat lari dari telefon pintar gua. Tapi dengan adanya dua mata dan hati yang sentiasa soal menyoal, gua terkedu diam. Jika gua pun tak mampu untuk meletak telefon pintar gua lebih rendah nilainya dari mentaliti gua, bagaimana mentaliti gua nak maju?

Jangan biar telefon sahaja pintar, okay?

Comments

  1. Dah lama tak singgah.. I like this one. Keep it up..

    ReplyDelete

Post a Comment

sedia memberi ulasan?

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak