Sep 23, 2015

kental

jauh di dalam hati kini dirobek rindu,
rindu yang penuh dengan ngilai tawa,
rindu yang pipi terpenuh oleh air mata.

bagaimana rasa agaknya bila kau sendiri,
berseorangan menunggu sesiapa yang sudi,
untuk menonton hati kau yang sunyi,
bila kau sendiri belum kental berdiri.

masa itu tidak pernah dipercepatkan.

Sep 16, 2015

manusia dan telefon pintar

Rata rata manusia memiliki telefon pintar. Tak kira bangsa, agama mahupun usia. Dunia berubah dengan begitu pantas sehingga gua tak sempat nak banding analisa tentang telefon pintar dan perubahan sosial dari masa ke masa.

Betul, kepentingan teknologi kini sangat penting. Tapi sejauh mana kepentingan itu diletakkan; adakah lebih dari Tuhan? Kebelakangan ni gua tertarik untuk melihat penggunaan telefon pintar di kalangan manusia dan gua membanding nilai dengan diri gua. Ternyata secara zahir, kita leka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita lebih kisah dengan perkara yang jauh dari kita daripada apa yang berlaku di depan mata.

Dalam masjid pun kita masih berurusan dengan dunia maya, kita mudah bosan ketika menunggu azan, ketika rasa macam nak lepak dalam masjid tanpa niat iktikaf dan sebagainya. Susah untuk kita mengambil masa 30 minit untuk diam dan menikmati bunyi kipas angin masjid sambil menggerak gerakkan bibir memohon ampun dari Tuhan atau memuji-Nya. Itu dengan Tuhan, dengan manusia lain pulak gaya dia. Macam gua? Apa lu rasa bila lu selisih sebelah gua ketika gua asyik bermesra dengan telefon pintar gua dan waktu tu lu rasa nak sedekah senyum pada gua? Atau masa tu lu ada gula gula lebih nak bagi gua, tapi gua tak sedar kehadiran lu walau sebatu jauhpun lu dah senyum pada gua.

Sebenarnya gua pun sama, tak dapat lari dari telefon pintar gua. Tapi dengan adanya dua mata dan hati yang sentiasa soal menyoal, gua terkedu diam. Jika gua pun tak mampu untuk meletak telefon pintar gua lebih rendah nilainya dari mentaliti gua, bagaimana mentaliti gua nak maju?

Jangan biar telefon sahaja pintar, okay?

Sep 11, 2015

bonsai

Hujung minggu ni gua dapat job siram pokok. Lu boleh gelakan gua tapi pokok yang gua siram ni harganya beribu. Awalnya gua pelik, kenapa istimewa sangat pokok ni, jadi gua pun bual bual dengan tuan punya pokok ni tentang keistimewaanya. Sambil sambil dia ajar gua cara menyiram, dia cerita tentang pertandingan bonsai dan dia pernahlah jugak dapat habuan daripada apa yang dia usahakan tu.

Selama gua hidup selama 22 tahun, baru gua tahu bonsai bukan pokok tapi satu landskap mini yang digubah mengikut minat. Jadi gua rasa banyak lagi yang gua tak tahu tentang bonsai dan sekarang gua fikir, gua perlu jalankan tugas menyiram gua dengan penuh dedikasi sebab kalau pokok tu mati, gua pun mati nanti.

Teringat akan ibu. Tapi ibu suka orkid :)

Sep 8, 2015

mimpi terbang

gua tak pasti sebelum ni gua ada cerita tentang mimpi gua terbang atau tak. mungkin kali ni gua nak cerita tentang itu.

gua ada beberapa mimpi yang konsisten, dan biasanya gua akan ingat mimpi tu. tapi satu mimpi yang sangat konsisten sehingga sekarang ialah mimpi terbang. gua tak mampu nak cerita secara terperinci sebab gua mimpi terbang sejak gua di sekolah menengah (kalau tak silap). mimpi tu datang ikut suka hati dia, dan setiap kali gua mimpi terbang, mesti jalan cerita berkait dengan mimpi terbang sebelumnya. lu tak rasa pelik ke, gua mula mula terbang dalam mimpi terbang pertama, gua rasa takut. gua rasa diri gua yang sebenar, biasanya mimpi kan gua tengok diri gua, tapi mimpi terbang ni, gua jadi diri gua sendiri. mulalah episod pertama mimpi terbang gua sehingga beberapa bulan atau tahun gua pun dah lupa, gua mimpi terbang yang sama, rasa takut yang sama, dan kadang kadang sampai berpeluh bila gua terjaga.

tahun demi tahun, gua alami mimpi yang sama. sehingga satu tahap, gua dapat kawal apungan gua di udara. kemudian mimpi mimpi seterusnya gua cuba elak untuk berada di udara terlalu lama, bila gua rasa nak terbang baru gua terbang. paling lawak gua ngorat awek dalam pasaraya, tapi gua tanak cerita tentang tu. cuma malam tadi, gua diapit oleh dua orang selepas gua secara umumnya terbang di dalam hospital (memang silap gua).

jadi, gua tanya "lu pahal?", dua orang tu kata "ikut kami." dan selepas gua dapat rasa diorang ni nak kumpul superhero untuk niat yang... tak baik kot, jadi gua nak dilepaskan. oleh sebab diorang berkeras, gua pun terbang dan sorang ni jatuh, lepas tu mata dia berubah menjadi hitam dengan lagak marahnya. sorang lagi pula, gua turunkan dia baik baik. gua dapat rasa sebenarnya diorang ni pun ada kuasa yang gua pun tak tahu apa. akhirnya gua terbang tinggalkan diorang.

lu rasa episod seterusnya apa? sebab gua cuak ni.

Sep 3, 2015

anak tengah

selalunya, perkara yang paling buat gua sedih ialah apa apa yang berkaitan dengan keluarga. jika tentang awek ni memang sedih sebenarnya, cuma sedih yang manusia hadap dengan awek atau balak diorang hanya bertahan selama mana perasaan itu ada sehingga ia hilang. keluarga punya penangan bukan kepalang, tak pernah ada perkataan hilang perasaan terhadap keluarga. mana ada.

gua balik macam biasa, sebulan sekali. sejak dua tiga kali balik kebelakangan ni gua rasa rindukan keluarga gua, rasa nak cium cium semua. mungkin sebab bila gua balik sebelum ni, gua banyak habiskann masa dengan kawan kawan gua, keluar lepak tak kira masa. jadi kali ni apa kata gua nak ceria ceria dengan keluarga gua sekali sekala. 

kenapa entah bila gua buat sesuatu keputusan tu, mesti ada yang potong gua, menganjing sampai gua nangis. sejak gua buat keputusan nak ceria ceria dengan keluarga gua, masa tu mula semua gua rasa tak kena. bila lepak dengan keluarga gua, gua paling lambat sekali nak tangkap apa yang diorang bualkan, paling sedih sekali bila tidak diendahkan. memang gua jarang balik, tapi tak semestinya gua tanak balik, kan? tak payahlah gunakan alasan "lu jarang balik, lu siapa nak bagi pendapat dalam hal sekian sekian...", "lu jarang balik, kenapa kena kisah tentang hal kau...". 

gua bukan cepat melatah, walaupun lepas gua terima kata kata tu, gua terus maki, tapi gua taklah terus kekalkan label maki yang gua bagi. gua fikir balik, Tuhan bagi gua rasa dua; rasa jadi abang, dan rasa jadi adik. tapi kenapa entah gua susah nak rasa bersyukur. mungkin sebab sedih sebenarnya kalau kau fikir kau dianggap mesin yang perlukan duit, bukan kasih sayang. 

"rilek la, mungkin dia pun tak sengaja cakap benda yang sama pada lu, dia mesti tengah sedih dengan apa yang dia cakapkan tu..."