a note to someone who doesn't care

setiap kali kau minta aku untuk menidakkan perasaan aku terhadap kau, aku akan hancur. mungkin aku masih menyesal dengan rasa aku sekarang, sebab tu aku biar. tapi setiap kali aku biar, kau akan minta perkara yang sama.


mungkin kau belum puas, kau termakan dengan kata kata orang. kau takut aku berharap pada kau dan kau mahukan jarak supaya kau fikir itu boleh hilangkan rasa suka aku terhadap kau? ok fine, aku faham apa kau rasa, sebab aku juga rasa yang sama; rasa disuka oleh orang yang kau tak suka. cuma bezanya, aku dah jelaskan apa yang aku rasa terhadap kau, jika kau tahu aku tak pernah dapat penjelasan dari orang yang sukakan aku. tapi jika kau fikir rasa aku ini boleh hilang setiap kali kau minta aku tidakkan rasa yang aku selesa sekarang, dan kau fikir aku bazirkan masa aku untuk aku rasa selesa, aku akan hancur.

tapi biarlah, kau bukannya kisah bukan? kau kan ada orang yang kau suka. sekarang, jika kau fikir aku boleh menipu kau tentang perasaan aku, dan dengan menolak aku boleh hilangkan apa yang aku rasa,

nah, untuk selamanya.

Comments