walaupun aku sedih

semalam aku borak borak dengan kawan aku guna telefon. aku cuba untuk selongkar dia fikir apa sebab aku telefon dia. "sebab kau rindu aku kan." dengan berseloroh dia jawab. aku cuma jawab "aku saje telefon kau, sebab nak tunggu kau telefon aku memang bertahunlah!". tapi sebenarnya aku telefon dia bukan sebab aku rindu tapi sebab aku sedih.

lepas beberapa lama, akhirnya sepuluh ringgit aku pun habis. walaupun aku sedih, dan menelefon dia hanya membuatkan aku lagi sedih, tapi aku tak kesal dengan nyanyian lagu negaraku pukul 12 tengah malam untuk aku, dan idea yang dia bagi untuk aku terus tidak bersedih...

iaitu tentang herba yang sentiasa membuat kau gembira :)

Comments

  1. Kau sedih? Carilah DIA...DIA yg lebih memahami kau dan setia mendengar

    ReplyDelete

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?