my feelings

    
suatu ketika aku dipengaruhi dengan rasa marah yang sangat dramatik sehingga aku lupa siapa diri aku ketika itu. walau aku rasa aku dilabel dengan pelbagai label ketika itu, tapi aku rasa selesa dengan diri aku sendiri; diri aku yang marah dan penuh dengan hati yang luka. kerana pada aku, perasaan itu perlu dilayan, untuk aku kenal dengan pelbagai perasaan yang hadir dan marah bukan setakat perasaan, tetapi ia pencetus kepada pelbagai rasa lain seperti kesal dan sedih.

tapi sekarang, aku kurang berasa marah. entah dari mana datangnya rasa nak buang rasa marah bila aku marah. jika membuang rasa marah itu dikatakan matang, aku kurang setuju. oleh sebab aku kurang marah, aku rasa lebih tertekan, rasa kurang puas. perasaan ketika membuang rasa marah sebenarnya sesuatu yang sangat pedih dan payah sekali. mungkin kali ini aku perlu sedikit optimis dan menganggap untuk tidak berasa marah itu sebagai pencetus kepada rasa yang baru; rasa sakit yang terpaksa dipendam dan penat yang tidak dapat digambarkan. 

aku tahu ramai yang ingin jadi diri sendiri dan berpaksi pada apa yang ditetapkan. tapi percaya pada aku, jika kau biarkan rasa yang sama sahaja, kau takan dapat rasa pelbagai rasa yang Tuhan cipta untuk manusia rasa.



memang pedih dan payah untuk rasa suka bila kau rasa benci, dan memang payah untuk rasa kasihan bila kau gembira, atau apa apa rasa yang sepatutnya kau rasa tetapi kau elak. tapi jika kau bagi peluang untuk rasa itu hadir, kau akan rasa sesuatu yang kau tak pernah rasa sebelum ini dan suatu hari nanti juga, kau akan lebih matang dalam memilih rasa dan bukan setakat yang indah indah sahaja kerana banyak rasa yang akan hilang dalam diri manusia.

seperti simpati dan empati yang hampir hilang.

Comments

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak