Jan 14, 2015

surat untuk perkembangan pita

kehadapan pita,

sungguh aku seorang yang akan cepat berasa bosan. gertak lah aku sekuat manapun, aku tetap dengan rasa yang sebegitu rupa. kau bukanlah sesukar yang aku sangka. ada sekali kau menekan di bahagian hadapan otak aku yang berfungsi dalam mengurus sesuatu, walhal aku mengharamkan keberadaan kau di situ. kau bukan lagi sesuatu yang dimomok momokan lagi, atau bukan perihal tugas tugas yang bertimbun atau tugas berkumpulan tapi lebih kepada tugas individual, berat beban dipikul seorang satu. jadi ia bergantung pada diri aku sendiri. malah mungkin ada yang berkongsi beban untuk dipikul, tapi itu bukan masalah aku. mungkin tugasan kali ini hanya sambungan dari yang sebelumnya. jadi aku hantarkan surat untuk kau tahu bahawa kau tiada apa untuk ditakutkan lagi.

untuk sedapkan hati je sebenarnya. 

No comments:

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?