periksa

    
when it comes to examination, terlalu besar kesan dia terhadap emosi gua dan jugak menjadi sebab persepsi orang orang di sekeliling gua terhadap prestasi pelajaran gua - terutama ahli keluarga gua dan yang berkaitan.

masa gua sekolah dulu takda pulak dapat no satu atau top ten dalam kelas, tapi bila semua keputusan keputusan periksa besar gua dapat flying colors, gua jadi hairan jugak pahal. tapi takan gua nak balah dengan Tuhan kan, jadi gua terima seadanya. cuma dalam keadaan yang macam ni, masih jugak orang yang nak ambil kesempatan pada gua, mintak gua jadi doktor. what? seriously? haha.

dulu pernah gua cerita pasal minat gua dalam entri yang lepas lepas, cita cita yang tak kesampaian. sekali lagi gua terima seadanya. walaupun program yang gua ceburi ni takla sesukar program kedoktoran, tapi cabaran yang perlu gua hadapi adalah berbeza. daripada gua perlu membaca buku yang tebal tebal, gua cuma perlu baca helaian helaian nota yang diringkaskan oleh pensyarah. biasanya bakal doktor ni akan dilayan dengan baik, sepanjang pengajian akan disajikan dengan pelbagai insentif, macam bilik asrama, biasiswa dan juga pujian dari masyarakat seimbang dengan cabaran yang masyarakat nampak lebih susah daripada program program lain macam program biologi marin. ape bende la biologi marin tu, kan?


gua sekarang pelajar semester lima dalam program "ape bende lah tu eh" di universiti malaysia terengganu, dan kebanyakan subjek yang gua amik tak dapat gua laksanakan dengan sepenuh potensi gua, tu jugak satu cabaran yang gua tak dapat nak atasi. atau mungkin gua ambil mudah dengan apa yang ada kat sini, dan lebih banyak merungut tentang makanan mahal kat sini atau mengambil masa yang lama nak buat keputusan pergi kelas ke tanak pergi. tapi sebenarnya, benda tu pun cabaran jugak. kan?

periksa kadang orang panggil pekse. moden sikit orang panggil exam.

Comments

  1. sama la. kita sama2 berada dalam program ''ape bende lah tu eh''. ok la. at least, still lagi BIO kan. but my interest is not in Biology. so, susah la juga nk survive dlm sesuatu yang kita tak minat dulu. tapi, InShaa Allah. kita boleh sama2 survive dalam program "ape bende lah tu eh" Good Luck ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. well pada awalnya memang tak minat, tapi dari masa ke masa semuanya sedikit berubah. bergantung jugak pada diri sendiri. apa pun dah masuk kan, buat jela sampai habis haha :)

      Delete

Post a Comment

sedia memberi ulasan?

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak