Dec 16, 2014

sengsara mencari kebahagiaan

mencari kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai rencana diatur untuk mencari kebahagiaan, walaupun secebis.


bahagia ini terlalu sukar pada aku, kerana bagi aku kebahagiaan itu kekal. bahagia kau dengan pelbagai coretan pada hari hari sebelum yang kau kenang kenang sampai kau tersenyum itu tidak kekal dan peluang yang kau ada untuk kembalikan masa itu juga tipis atau mungkin tiada langsung. walaupun, kebahagiaan yang kau kenang tak mungkin dapat kau hadapi lagi, tapi kau dapat nikmati ia dalam memori dan kemudian kau sedar ia hanya ilusi yang kau gambar gambar sahaja. suatu masa nanti kau juga akan sedar, yang kebahagiaan itu bukanlah bahagia sebenarnya, tetapi ialah keseronokan yang sangat mencurigakan, sehingga kau akan menganggap ia syurga.

"kerana itu ia sangat mencurigakan."

No comments:

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?