sedikit adab masjid

masjid bagi aku tempat yang sangat mulia. tempat yang perlu dihormati, sedang adab perjalanan jika terlihat masjid perlulah berselawat ke atas Nabi. jadi tunjukan adab kau ketika di masjid, terutamanya.

pertama ketika masuk ke masjid, jika dah berwudu' (jika belum pergi wudhu' dulu), dahulukan kaki kanan dan berdoa. lalu di belakang orang yang sedang solat dan laksanakan solat di tempat yang bukan laluan. duduk dengan sopan, dan jika kau baring, baring di kawasan yang jarang digunakan untuk solat, dan baring bukan lutut tu ditinggikan dan juga bukan meniarap. tiada tidur di masjid kecuali kau berniat iktikaf. jadi kalau nak tidur sebentar, berniat iktikaf dahulu dan sebolehnya kau gunakan alas yang kau bawa sendiri, dan bukan sejadah. gunakan sebaiknya akal yang tuhan beri untuk menikmati ketenangan di dalam masjid. suara bacaan quran mesti lebih rendah daripada suara bacaan orang solat, dan suara bacaan zikir mesti lebih rendah daripada suara orang yang membaca quran. dan jika kau keluar, dahulukan kaki kiri dan berdoa. 

masjid mungkin tempat yang biasa biasa bagi sesetengah manusia, tapi bukan aku. aku letakan masjid sebagai tempat yang penuh dengan rahmat, dan tempat yang sesuai untuk berkhalwat dengan tuhan.

semoga Allah kekalkan adab ni dalam diri aku, dan orang lain. 

Comments