berkata dusta

mengikut aliran situasi yang mengalir seperti sungai tetapi pandai berkata kata bak air di tasik yang nampak tenang tapi penuh dengan perkara yang kotor kotor. waima, pulanglah dengan narsis yang kau bina sendiri, bosan dengan tingkah laku yang entah apa apa kau pamerkan. aku tambahbaik bahan yang termaktub di dalam buku resipi aku, untuk terus menyimpan rasa diam dan melepaskan letupan mengikut keadaan. masalahnya, kesemua haiwan haiwan di hutan terlalu permalu dan sesetengahnya belum berani untuk keluar untuk membenarkan apa yang dikatakan dulu. sebab perkara yang dahulu itu memang sebenarnya dusta belaka. walaupun sedih dengan sang bodoh yang menjadi bahan untuk dililit di kawasan rukun tetangga yang sebelum kata kata dusta itu diluahkan, kawasan yang dikenali dengan nama harmoni dengan diri sendiri, telah dikotorkan dengan sifat luar tabii yang sebenarnya menyakitkan hati.

aku harap pemarah aku dapat diletakan ditempat yang sesuai.

Comments