Posts

Showing posts from December, 2014

akibat

    
media sosial menjadi fitnah yang enak untuk dibanggakan. walau apa alasan yang kau beri, walau kau pertahankan teknologi, kau takan dapat nafikan tetang keenakan berbuat dosa di media sosial. ada jugak entri entri gua sebelum ni pasal media sosial atau alat yang dikatakan memudahkan manusia ini, tapi gua guna istilah 'alam maya' atau 'fantasi' dan sebagainya.

mungkin dosa di dunia fantasi ini lebih enak dilakukan, jadi ia tidak seperti dosa dosa lain seperti merokok, berpasang pasangan sebelum kahwin, berkata busuk depan depan, atau mengambil dadah. tapi ia dosa yang dibanggakan. fitnah yang terlalu besar ini jugak dah dinasihatkan oleh ulama atau ustad ustad yang gua kenal. jadi pahal gua ada lagi akaun twitter, facebook dan instagram? (pstt, lupa gua dah takde twitter). well, sebab gua faham tentang fitnah ni, jadi gua nak tinggalkan susah, jadi gua kurangkan.

pernah sekali di tempat gua, lama dulu sebelum gua ada facebook, bencana alam yang sangat besar jugak berlaku. gua teringat kisah gua dulu, kemudian gua bandingkan. bekalan juga terputus, rumah gua tak pernah pernah kena, tetiba kena, minyak petrol terpaksa beli guna botol orang jual kat tepi jalan and that time, my father wasn't with us, dia outstation. gua tak balik rumah hampir seminggu or seminggu lebih. dan bencana tu bukan berlaku sekali, tapi dua kali. kau tak rasa payah sebab zaman tu takde bendalah teknologi ni, jadi kalau nak tahu kena beli suratkhabar. tapi gua tak sangka, penangan teknologi atau so-called media sosial ni lagi power daripada suratkhabar.


by the way, it is not about the story, it is about how well news is spread. yes, technologies made us easy, by transferring information to one another, but when the news are dominated by less-educated people, who tend to tell everyone about their theories, how they expect and what facts that their mind has about the relationship between this disaster and religion, then not only the real states are flooded but social media as well. mulalah segala teori yang kadang gua dengan kawan gua ni rasa lawak, so kitorang gelak sama. oh kawan gua tu pun blooger gak, if you want to read his blog, click here

I am hoping that all of the people around the world, especially Muslims, you have to know about this fitnah, and if you love yourself, you need to do something about it. I love myself and I love you too, we are almost in the end of the time. so please stop spreading news that is not known to be reliable.

I love all of you.

moral

    
moral manusia berubah mengikut arus semasa. orang kata go with the flow bro, tapi aku tak salahkan meraka. dan memang kena ikut arus supaya kita tak kekok untuk hadapi kehidupan seharian kita. cuma tak perlu kesemuanya kita kena tinggalkan hanya dengan alasan "mengikut arus semasa".

dasawarsa ni, moral manusia nampak seperti lebih sopan, lebih menunduk daripada mendongak, lebih kurang berkata daripada berborak tak tentu hala, lebih banyak masa dihabiskan di rumah sendiri tanpa bergantung pada orang lain dan yang lebih penting, lebih kurang mengetahui hal hal dunia "sebenar".

tapi aku hairan, kenapa kebanyakan manusia yang kononya mengikut arus ni bila berhadapan dengan situasi yang orang tua tua kata "kehidupan", mereka lebih banyak melarikan diri daripada menghadapi. duh, moral manusia yang nampak seperti lebih sopan ni sebenarnya lebih mendongak, lebih banyak berkata dan lebih banyak bergantung pada teknologi yang disimpan di poket poket, dan yang lebih penting, lebih banyak belajar dunia "sebenar" dengan membaca tulisan tulisan palsu di alam yang gua panggil maya.


aku hairan sepatutnya dunia yang orang panggil dihujung jari ni lebih mudah mengenal seseorang manusia atau masalah dunia tetapi tidak. mereka lebih suka berkawan dengan tulisan, memilih kawan di senarai kenalan untuk bercerita, lebih lembab dalam menghadapi masalah "kehidupan" dan lebih banyak membaca puisi dan prinsip prinsip yang entah tak apa apa.

jadi cukuplah dengan dunia ilusi tu, ambil tahu pasal dunia luar, ambil tahu tentang masalah manusia, bersosial tanpa menggunakan medium ketiga, dan hadapi masalah dengan kelima lima pancaindera,

look up, turn off your devices, and get real.

sengsara mencari kebahagiaan

    
mencari kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai rencana diatur untuk mencari kebahagiaan, walaupun secebis.


bahagia ini terlalu sukar pada aku, kerana bagi aku kebahagiaan itu kekal. bahagia kau dengan pelbagai coretan pada hari hari sebelum yang kau kenang kenang sampai kau tersenyum itu tidak kekal dan peluang yang kau ada untuk kembalikan masa itu juga tipis atau mungkin tiada langsung. walaupun, kebahagiaan yang kau kenang tak mungkin dapat kau hadapi lagi, tapi kau dapat nikmati ia dalam memori dan kemudian kau sedar ia hanya ilusi yang kau gambar gambar sahaja. suatu masa nanti kau juga akan sedar, yang kebahagiaan itu bukanlah bahagia sebenarnya, tetapi ialah keseronokan yang sangat mencurigakan, sehingga kau akan menganggap ia syurga.

"kerana itu ia sangat mencurigakan."

separah

    
keadaan yang semakin teruk, ditambah lagi dengan perasaan yang pelbagai. parah weh. mungkin kali ini aku perlukan ubat anti depresi mengikut masa yang disyorkan. sebab aku kalau boleh semua ubat aku nak telan, but not anymore. 

selama ni okay je kalau nak buat assignment but this semester is different. since kelas pun dah tak selalu ada, kerja kumpulan pun jadi payah. informasi yang disampaikan pun payah nak sampai, walaupun dah ada group dalam whatsapp, masih lagi bercanggah atau payah nak capai persetujuan. masa yang ada untuk jumpa pun tehad, mungkin ada sesetengah yang selalu jumpa di makmal for final year project laboratory experiment. tapi apapun, semua tu pada aku mungkin persediaan sebelum semua blah cari haluan masing masing. kawan tak semua akan kekal selamanya, but I would always spent few time to reminiscing about the moments we have been through. ha time ni la baru teringat bapak aku cakap "ni baru nak hidup berdikari." *tears*

ok bapak gue ngerti. 

berkata dusta

    
mengikut aliran situasi yang mengalir seperti sungai tetapi pandai berkata kata bak air di tasik yang nampak tenang tapi penuh dengan perkara yang kotor kotor. waima, pulanglah dengan narsis yang kau bina sendiri, bosan dengan tingkah laku yang entah apa apa kau pamerkan. aku tambahbaik bahan yang termaktub di dalam buku resipi aku, untuk terus menyimpan rasa diam dan melepaskan letupan mengikut keadaan. masalahnya, kesemua haiwan haiwan di hutan terlalu permalu dan sesetengahnya belum berani untuk keluar untuk membenarkan apa yang dikatakan dulu. sebab perkara yang dahulu itu memang sebenarnya dusta belaka. walaupun sedih dengan sang bodoh yang menjadi bahan untuk dililit di kawasan rukun tetangga yang sebelum kata kata dusta itu diluahkan, kawasan yang dikenali dengan nama harmoni dengan diri sendiri, telah dikotorkan dengan sifat luar tabii yang sebenarnya menyakitkan hati.

aku harap pemarah aku dapat diletakan ditempat yang sesuai.

sedikit adab masjid

    
masjid bagi aku tempat yang sangat mulia. tempat yang perlu dihormati, sedang adab perjalanan jika terlihat masjid perlulah berselawat ke atas Nabi. jadi tunjukan adab kau ketika di masjid, terutamanya.

pertama ketika masuk ke masjid, jika dah berwudu' (jika belum pergi wudhu' dulu), dahulukan kaki kanan dan berdoa. lalu di belakang orang yang sedang solat dan laksanakan solat di tempat yang bukan laluan. duduk dengan sopan, dan jika kau baring, baring di kawasan yang jarang digunakan untuk solat, dan baring bukan lutut tu ditinggikan dan juga bukan meniarap. tiada tidur di masjid kecuali kau berniat iktikaf. jadi kalau nak tidur sebentar, berniat iktikaf dahulu dan sebolehnya kau gunakan alas yang kau bawa sendiri, dan bukan sejadah. gunakan sebaiknya akal yang tuhan beri untuk menikmati ketenangan di dalam masjid. suara bacaan quran mesti lebih rendah daripada suara bacaan orang solat, dan suara bacaan zikir mesti lebih rendah daripada suara orang yang membaca quran. dan jika kau keluar, dahulukan kaki kiri dan berdoa. 

masjid mungkin tempat yang biasa biasa bagi sesetengah manusia, tapi bukan aku. aku letakan masjid sebagai tempat yang penuh dengan rahmat, dan tempat yang sesuai untuk berkhalwat dengan tuhan.

semoga Allah kekalkan adab ni dalam diri aku, dan orang lain. 

to all narcissistic people

    
"too bad you can't see what I see."

but I am having fun with your story, really

masih di darjah lagi

    
when I remember those time when I was little, I kept looking for my friends attention every time I met them. I looked happy whenever my friends are around me but I didn't really have "friends". I have this one friend, we are really good but most of our time were spent in the evening after school time. I play football only during pendidikan jasmani period and before I went to secondary school, I knew nothing about sports, seriously and that was over until my first day on secondary school.

when I was at home, most of my activities would be indoor. playing whatever toys, books or anything. but it was different when I was at kampung (every holidays I would be left at kampung), outdoor activities were the coolest thing ever. tangkap atau jerat ayam, main layang layang, mandi kolam ikan, pancing ikan orang dan banyak lagi la.


semua yang aku buat kat rumah, atau kat kampung selalunya mengikut had yang mak bapak aku atau nenek atuk aku tetapkan. walaupun dalam sesetengah perkara aku tetap berdegil untuk melebihi had tetapi semuanya tidak menjadi masalah jika perkara itu tidak diketahui, hihi. aku juga sedar ketika di rumah, aku takda keinginan untuk keluar sangat, tapi kalau kat kampung, keluar atau di rumah pun tiada masalah. jadi, aku rasa dari alam semulajadi yang cantik di kampung ke bandar yang bising bising tu di rumah, membentuk dua jiwa yang berbeza dalam diri aku.

kerana dua jiwa yang berbeza tu memang rasa tertekan sebenarnya. 

tak payah

    
kau belum faham lagi apa ertinya kepayahan, bila kau tak pernah rasa payahnya melawan nafsu.

cakap memang tak payah.