Nov 22, 2014

terima kasih dan maaf

terima kasih dan maaf ni pada gua memang mempunyai perasaan yang berbeza. terima kasih dan maaf juga pada gua sangat bernilai, sangat bernilai.

sejak gua belajar kat sini, kebanyakan perkataan perkataan yang aku rasa bernilai, dengan mudah dikotorkan dengan mulut mulut manusia yang busuk. kalau tidak mulut yang busuk, masakan perkataan perkataan itu boleh dikotorkan bukan? 

seperti terima kasih dan maaf juga telah dikotorkan. terima kasih ni macam seseorang yang lapar, lalu dia bersungguh mencari makanan dan akhirnya dia berterima kasih kepada sang pemberi. dan terima kasih ni sangat berkualiti dan boleh diterima pakai. berbeza dengan seseorang yang lapar lalu dia meminta sedangkan dia mampu untuk berusaha dan akhirnya dia dengan bersahaja berterima kasih kepada sang pemberi. terima kasih seperti ini pada aku telah dikotorkan secara total. 

begitu juga dengan maaf. ia seperti sang raja yang telah membunuh jutaan rakyatnya, kemudian dia bertaubat lalu meminta maaf secara rambang walau di hadapan ahli keluarga mereka dan meminta untuk dibalas dengan kadar yang setimpal. maaf seperti ini sangat bernilai dan tidak tercemar walaupun sedikit. sebaliknya, jika sang raja yang membunuh jutaan rakyatnya, kemudian dia menyesal lalu meminta maaf melalui siaran khas di kaca televisyen, kemudian dia bersuka ria dengan kehidupannya. maaf ini telah dikotorkan dengan zalim, dan perlu dihina sampai mati.

mungkin analogi ini terlalu tinggi bagi sesetengah manusia yang masih menilai melalui perspekstif yang tidak seimbang. mungkin entri kali ni gua belum lagi beremosi secara lebih garang. cuma sedih tengok manusia ni, kata orang tapi dia pun sama, ada yang lebih teruk lagi tapi kadang kelakar pun ada. gua pun selalu jugak cakap tak serupa bikin, tapi gua sedar benda tu.

semoga Allah beri hidayah dan petunjuk pada gua dan semua.

2 comments:

  1. Terima kasih bernilai buat yg menghargai...maaf bernilai buat yg dihargai...2 perkataan yg hbat kesannye kalu diucapkn..

    ReplyDelete
  2. yang faham maksud menghargai itu harus dipuji, sambil diusap usap kepalanya.

    ReplyDelete

sedia memberi ulasan ?