naluri alam

hujan yang seperti tiada rasa malu untuk meluahkan rasa sedihnya. awan awan bersatu dan menutup matahari seperti menyembunyikan sesuatu daripada bumi. mendung dan suasana nyaman yang dibawa angin berkeras untuk tinggal bersama, siapa sangka ego mereka lebih tinggi dari awan sehingga tulang yang membentuk tubuh ini terpaksa menikmati rasa sejuk yang dicucuk mereka. ombak jugak tidak ketinggalan mencari ruang untuk memperkenalkan diri walaupun terpaksa membunuh rakannya sendiri. pokok pokok seperti biasa teguh dengan pendirian mereka, tetapi ada juga yang tumbang. mungkin ada sesuatu yang sains belum lagi mendapatkan jawapan kepada persoalan ini.

atau mungkin ini masanya kita biarkan alam beremosi.

Comments