jasa

kurang atau lebih kebanyakan manusia akan cenderung ke arah membalas jasa setelah budi diberi. jadi mana hilangnya ikhlas dan perintah tuhan. kadang kadang manusia terlalu jauh menyimpang, kerana terlalu banyak berfikir dan melawan. manusia akan berfikir dan mempersoalkan undang undang tuhan, malah ada yang melawan. 

jika semua jasa perlu dibalas, mana datangnya keindahan menjadi baik? mana datangnya naluri manusia untuk membantu dan akhirnya tiada siapa yang bertanggungjawab dengan kemusnahan akhlak dikalangan manusia. bukankah manusia itu dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan rasa cinta keseluruh pelosok nadi dunia?

tapi ada yang kononnya benci itu lebih seronok disebarkan.

Comments

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?