Sep 9, 2014

pelabuhan misteri

aku anggar kehidupan ini boleh dikira kira,
untuk menghadapi pelbagai laluan misteri,
misteri yang kau anggap ia biasa biasa,
padahal kau tak tahu di mana kau berada,
tanpa kira kira.

aku cuba anggarkan kembali,
di mana silapnya kira kira yang aku guna selama ini,
masihkah ia kukuh untuk kesepuluh tahun lagi?

satu persatu pelabuhan aku singgah,
ada juga aku beli souvenir untuk aku kenang kenang,
tapi untuk pelabuhan yang aku pun tak tahu keberapa,
aku rasa aku harus lepaskan sauh semantapnya,
kemudian aku bakar kapal yang aku layarkan,
kerana aku tahu pelabuhan kali ini,
pelabuhan yang misteri.

itupun selepas aku sedar,
bahawa yang kira kira itu hanya membawa aku mengelilingi dunia.

bukan menikmatinya.

No comments:

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?