Aug 24, 2014

reminiscing the past that we poorly understood

meeting cousins and talked about family matters is kind of new to me. well perhaps we haven't met for a long time so we lepak till 4 though I know I need to get up early on the next day to meet those monkeys in the picture. haha I miss you guys to the moon and back. well, there is something that in the past that we have to let go, but not all of them. 


we will be friends forever kan.

Aug 21, 2014

Tuhan

terbang aku tak setinggi imanku,
tunduk aku tak seikhlas niatku,
tapi biarkan aku tunduk dengan perintahMu,
walau aku terus berdosa kepadaMu.

biar suatu hari nanti aku terus mencintaiMu.

Aug 19, 2014

hairan

"dengan manusia yang serba tahu,
tetapi sifar pada keseluruhannya."

Aug 16, 2014

sabar sikit

"keluarga saya bukan jenis yang suka berkongsi masalah. jadi saya perlukan sesuatu untuk lepaskan rasa tertekan dalam jiwa saya ni, kalau tak meletup." - Fynn Jamal

renggang tapi aku masih perlukan sedikit kata untuk merangsang hati yang sudah berhabuk ni, sehingga aku dah lupa bagaimana rasanya, walaupun aku dihidangkan dengan pelbagai rasa, aku tetap memilih untuk mengetepikan rasa cinta. penatnya jika usaha untuk merapatkan kembali yang renggang renggang itu diranap dengan hanya sepatah dua kata yang pada aku sakit jugak sebenarnya. tapi sampai bila? ikut hati aku pergi mati sama kau punya rasa. tapi aku fikir, kita masih keluarga.

kau tak sedih ke bila kau rasa macam tak seronoknya lepak dengan keluarga?

Aug 15, 2014

luka

jika kau belum terasa,
dengan beta punya kata kata,
memang kau belum kenal siapa beta.

raja luka yang pandai berpura pura menjaga hati rakyat jelata.

Aug 13, 2014

sebelum apa apa

"what brain can conceive and believe, we can achieve."

it's true when people start to talk about what happen to them in their perspective, and we are not the right ones to judge but to bare in mind that we are different in many ways. that makes up life. I tried to be optimist every time I blend with people, or observing. I think I am good with easygoing people, though I am not the one who can be really good at making friends. I wonder these people won my heart easily.


you have to start making friends with me before I do. and that is a very good start between me and you.

Aug 7, 2014

manusia unreal


tak faham dengan manusia manusia yang gua panggil unreal ni. manusia yang bergantung sepenuhnya atau pun lebih daripada separuh hidupnya dengan membaca bahan bahan yang berunsur terkini di laman web. gua lebih respect pada orang yang lebih suka membaca suratkhabar, buku, tengok dokumentari ataupun lepak dengan member kat kedai kopi borak borak kosong. jadi gua memilih untuk diam dan terus merokok.

sekurang kurangnya diorang ni tak timbulkan provokasi.

Aug 6, 2014

Flores

pengalaman gua bergaul dengan pendatang asing memang selamanya memberi kesan kepada gua. nilai hidup yang mereka pegang selama diorang hidup memang gua salute lebih lagi ramah diorang kalau dah dapat masuk tu, gelak memanjang. tadi gua jumpa endon ni isi minyak lori. dia dari Flores, Indonesia. bila dia cakap Flores tu kepulauan, terus gua excited. so gua dah set satu hari nanti mesti pergi Flores. selalu lepak dengan bangla, cakap dengan endon pun jadi macam bangla do. sebab bangla ni happening sikit haha.


kadang rasa syukur, boleh fikir nak menikmati indahnya alam. ada orang tinggalkan keindahan tempat sendiri sebab nak cari rezeki.

Aug 4, 2014

senyum

dah sebulan gua belajar senyum, seriously it isn't an easy thing to do. kau boleh kata tak susah senyum tapi cuba kau senyum kat setiap orang yang kau jumpa, lainlah kalau kau menghadap phone or laptop je satu hari. pernah sekali gua dah aim sorang pakcik ni, muka dia masam macam baru lepas makan cuka. then bila dia keluar je kereta gua sampuk dengan senyuman manis, terus dia senyum. comel.


sekarang senyum pada gua bukan bermaksud aku bahagia, tapi biar aku bagi kau bahagia sama.

Penat


Bila kau rasa penat kerana tenaga dan masa kau dihabiskan bersama keluarga,
atau kawan kawan yang sentiasa ada.

kau takan rasa penat kau sesuatu yang sia-sia.