tiada lagi

tiba tiba pagi ni gua terkenang nenek gua yang biasa orang kampung panggil Nek Milah. dulu masa kecik kecik gua suka lepak kampung, asal cuti sekolah je gua mintak ditinggalkan di kampung so agak agak cuti akhir tahun yang lebih kurang sebulan lebih tu mesti gua kat kampung.

dulu ada ayam, so bila bangun sahur dengar bunyi ayam, memang nostalgic sangat , good old days. lepas tu telur ayam kampung yang paling gua suka, comel. banyak sangat perihal gua kat kampung so gua rasa kena ada satu entri pasal kampung gua. masa gua kecik dulu memang kampung tu rumah papan lagi, sekarang dah batu dan perasaan ni pun turut mengeras macam batu, dah tak rasa kampung.


tak tahu lah pahal nenek gua baik dengan gua dulu, sampai gua jadi cepat cemburu, bila nenek gua macam peluk cium sepupu gua yang lain mula lah gua hentak kaki, zahirkan kecemburuan tu. haha tapi memanglah nenek sayang semua cucu dia. dulu gua tak kisah pun tinggal bertiga dengan nenek dan atuk gua, kadang kadang ada lah sepupu gua duduk Shah Alam tu, dia suka tinggal sekali. jadi kebanyakan masa kecil gua dihabiskan di kampung gua berkasih sayang dengan atuk dan nenek. sekarang tak hairanlah kenapa gua ni kekampungan sikit, hehe.

tapi atuk nenek gua dah lama takda.

Comments

  1. this post is soo beautiful :")
    alfatihah to ur nenek n atuk..

    -katniss everdeen

    ReplyDelete

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?