Jun 24, 2014

rasa yang tiada apa

ada kala kau bersedih kerana seseorang telah melukai hati kau, sebelumnya kau senantiasa ceria apabila dia bersama kau sehingga suatu masa dia pergi meninggalkan kau, atau kau yang pergi meninggalkan dia. dan kau rasa seperti mentari pagi tak bersinar seperti hari hari sebelum ni dan bintang bintang pun tak bersinar lagi bila malam menjelang dingin.

hidup ni masih dalam persoalan, pernah suatu masa lalu gua diberitahu jika hidup ini sudah ditentukan oleh-Nya, dan dia merahsiakannya kerana apa? kerana dunia ini tempat latihan untuk kau terus rasa dan berhenti untuk seketika, berfikir sebelum kau menerus rasa perjalanan kau yang lain. kerana semua itu rahsia, supaya kita semua senantiasa bersedia untuk yang sekelian kalinya.


jadi kau tak perlu persoalkan tentang apa apa yang terjadi, rasai semua perasaan itu sebelum kau kebas dengan pelbagai perasaan yang tiada rasa. rasai apa itu kesedihan dan teruskan dengan pelbagai perasaan yang akan turut menyertainya, biarkan ia sehingga suatu masa kau akan penat untuk merasai apa apa yang kau rasa, dan kau akan kembali merasai apa itu rasanya gembira. kerana gua selalu merasai apa apa yang kau rasa.

dan perasaan tu tiada apa pun sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?