Jun 9, 2014

pemberi harapan

harapan itu hakikatnya memang untuk diberi. tetapi kau mesti tahu, perlunya ada pemberi sebelum adanya penerima. walhal kau tahu harapan itu kadang memusnahkan dan ada juga yang merangsang, tetapi kau masih memberi dan terus memberi walaupun kau tak pasti apa tujuan kau memberi sebegitu luas harapan yang kau ada, sehingga akhirnya kau yang haus dengan harapan. kali ini aku tak mampu ceritakan semuanya dalam satu entri yang pendek ini, mungkin suatu hari nanti, sebab nyamuk dah banyak gigit ni.

tapi apapun, kau perlu sedar. walaupun kau rasa cara kau melayan itu tak seperti memberi harapan, pada masa yang sama kau kena ada rasa, rasa yang jikalau kau tak melayan, kau tak akan dilayan. dan kau juga punya pilihan untuk melayan apabila layanan itu disediakan pada masa kau sangat memerlukan layanan. kerana hati itu tempat teduhnya perasaan dan cendrung untuk menerima tanpa usul periksa, dan otak itu tempatnya jaringan kemungkinan yang membawa kepada keputusan yang terburu buru.


jika aku diberi peluang untuk mengenali seseorang, 
aku lebih suka untuk mengenal diri aku sendiri.

jadi berfikirlah melalui otak, sebelum kau salurkan ia melalui hati.

3 comments:

  1. Mengenali diri sendiri itu jauh lebih bermakna kerana di pengakhiran hidup nnti kita juga ditakdirkn bersendirian

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang manusia terbiasa dengan budaya 'bersama'. jadi mereka fikir pengakhiran mereka juga haruslah 'bersama'.

      Delete
  2. bersama utk mereka mungkin maksudnya di syurga nnti

    ReplyDelete

sedia memberi ulasan ?