hati kontemporari

    
perasaan pada aku hanyalah sisa daripada apa apa yang kau tinggalkan untuk diri kau sendiri. cuma dalam situasi di mana kau mempunyai pelbagai perasaan dalam satu kotak yang aku namakan hati, dan dalam keadaan yang kelam kabut itu kau sebenarnya sedang memilih sisa sisa yang kononnya kau ambil untuk buat peneman hati. 

hati itu tempatnya memang untuk beremosi, dan pendorongnya adalah ilmu atau mungkin aku lebih suka dengan istilah pengalaman yang kau simpan di dalam dua hemisfera canggih yang aku namakan otak, dan pengalaman itu mana pernah pergi, serius takan pernah pergi. kesinambungan otak dan emosi itu asalnya seimbang, cuma kita sendiri yang memberati emosi dalam situasi yang aku cakapkan tadi. 

jadi sebenarnya tiada siapa yang pernah menjadi diri kau dan tiada siapa yang boleh menjadi diri aku, cuma mungkin kita boleh bertukar tukar cerita, tapi bukan secara yang boleh ditafsir oleh pancaindera. boleh je sebenarnya kita get over it, tapi yang beremosi tu kadang kadang entah kenapa susah sangat nak pergi.


"perasaan sedih akan disusuli dengan sesalan. dan penyesalan itu sangat jauh sebenarnya, dan hanya perasaan yang mampu membawa ia hampir kembali sehingga kau rasa seperti ia baru sahaja terjadi, sangat hampir dengan diri kau sendiri, sangat hampir sehingga kau tak nampak perasaan itu lagi. tapi ia masih ada lagi."

dan kau kata itu soal hati?

Comments

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak