Feb 22, 2014

mesjid dan tudung

biasanya gua kat rumah pergi ke mesjid bersama bapa gua yang lagi beberapa tahun lagi nak pencen. maklumlah orang dah mula berumur ni kenalah mula berkawan dengan karpet mesjid. dalam perjalanan ke mesjid, gua usha lah awek tepi tepi jalan, ayah gua biasalah khusyuk memandu. kadang kadang tu laju juga walaupun selekoh yang pada gua yang pro memandu ni pun rasa berdebor, tapi ayah gua watlek je kona. tapi gua bukannya mata ke ranjang ke apa, cuma gua rasa kadang kadang gua dah macam kat oversea, cuma bezanya bukan negara orang kulit putih.

bila gua dah berjaya menempah tempat di menara gading ni, ditambah pula bersebelahan dengan institusi yang boleh dikatakan islamik, setiap kali gua ke mesjid, rutin yang biasa gua buat kat rumah tu gua letak tepi sebab kena belajar rendahkan pandangan gua yang kadang kadang nakal juga sebenarnya. kalau kat sini, sekali gua kerling, jarang yang tak menambat hati. wow, bahaya.

jadi tadi gua balik seperti biasa dari mesjid, tiba tiba ada tiga gadis bertudung corak flora melintasi bahagian pintu utama jemaah lelaki keluar masuk mesjid. niat hati nak usha lama, tapi gua cakap NO. bila gua dah naik moto, gua park baik punya sebelum start. gua pandang cermin sisi. wow, bahaya.

sebab gua pantang gadis bertudung corak flora. haha

No comments:

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?