presentasi

semester yang penuh dengan presentasi presentasi secara saintifik,
kalau kau rasa tertekan, bimbang dengan tohmahan yang akan diberikan kelak, 
sepenuhnya kau akan rasa perkara ini berguna untuk masa masa yang akan datang,
untuk masa masa kau sendiri ketika semua dah ada laluan smasing masing,

tapi sebenarnya apa yang kita cari dalam dunia ni? Good deeds
aku mudah tertekan dengan semua perkara, 
tapi sepatutnya aku salurkan ia ke arah yang lebih baik dan bimbang jika kita semua,
gagal dalam mencapai hak yang sepatutnya kita tunaikan.


tapi janganlah bimbang itu melebihi kebimbangan yang sepatutnya kita bimbangkan,
presentasi amal kita pada Tuhan kelak yang sepatutnya kita hirau dan bimbangkan,
kerana dunia yang kita lihat tidaklah sesusah mana, jika dibandingkan dengan susahnya laluan ke Syurga.

kerana aku masih lagi belum buat apa apa untuk ke Syurga.

Comments