keterangan lelaki wanita

lelaki atau wanita,
atau kedua-duanya?

kau rasa semua benda perlukan penghargaan,
kau perlukan penjelasan yang jelas dalam setiap pergerakan,
kau harapkan kawan semua perlu lakukan apa yang kau harapkan,
bila tak selalu kau punya perkara itu maka mula kau terlebih perasaan,

tapi ada perkara yang bukannya pengharapan yang kau harapkan,
kau cuma perlu menerima kekalahan bila kau harapkan kemenangan.

timbulnya masalah kau ni kan,
terlalu daif dalam menyimpan harapan,
ceritakan setiap satu apa yang kau lakukan,
mencari perhatian melalui rasa yang kau kesalkan,
kepada semua manusia melalui semua saluran,
padahal ada benda yang kau perlu untuk ceritakan,
ada yang bukan untuk pameran,
dan ada yang untuk tetamu jemputan.

tapi,
kau masih mengejar kisah kau lagi,
yang kau ceritakan kepada aku beberapa kali,
yang kau memintas perbualan aku yang kesekian kali,
yang kau selalu membanggakan tentang kau dan kau lagi,
tanpa kau fahami apa yang aku nak isi awal kali ini,
kemudian kau kata kau memahami,
what is this?

tak perlu aku rasa kau nak mengadu,
terima apa orang kata buruk kau dahulu,
selepas kau perlahan-lahan bangun bukan melulu,
dan perlahan-lahan nak kata kau tu bagus ini dan itu.

maaf tapi aku rasa,
selepas semuanya,
aku himpunkan kertas kerja,
dapatan aku sebenarnya,
kau tiada apa.

cuma kau berbaju lelaki wanita.

Comments