Jul 3, 2013

bahagia

bahagia itu bebas, lalu yang mendorongnya ialah cinta.
kecapi bahagia itu indah, tapi tak semuanya perlu sama.
kerna setiap apa yang aku dan engkau rasa, takan pernah sempurna.
bosannya kalau apa yang aku dan engkau ada, tapi belum bahagia.
kenapa contohnya cinta? supaya sakitnya nanti rasanya sama rata.

jika engkau beri segalanya, atas alasan bahagia.
ungkapkan "simpan sedikit bahagia untuk hatimu."
kerna selayaknya hatimu itu yang perlu bahagia, juga.
selama umur engkau selama mana engkau bahagia.
kerna bahagia itu sukar untuk dipaksa.


jika kau kongsikan segalanya, atas alasan bahagia. 
aku takut nanti suatu masa, kau sudah tiada apa.
untuk rasa bahagia.

aku cuba samakan situasi ini, untuk entri bahagia.
untuk kali ini apa kata bahagia yang kau punya,
jangan diberi semuanya.

jadi fikir untuk kongsi bahagia itu ada, tapi kena bersedia.

No comments:

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?