tenangnya air semalam

    
aku bukan seorang yang pandai mengadu domba. aku juga seorang pencerita.
dua pertiga daripada apa apa yang aku cerita, semuanya berunsurkan cinta.
pengalaman cinta yang aku pernah rasa, yang pernah membuatkan aku terluka.

sekarang, aku bukan lagi mencari cinta yang sama.
tetapi untuk mencari yang lebih gagah dari awalnya.
kerana apa, cinta itu aku tamsilkan ia seperti pesawat.
jika ia rapuh, tiada makna untuk ia terbang.
jika ia kukuh, ia perlu sepadan dengan keadaan.
jika ia padan, ia perlu terus melepasi lautan.
dan akhirnya jikalau ia berjaya, belum.
selagi bumi masih belum disentuh lembut olehnya.

salam cinta dari aku yang hilang kepada Dia

Comments

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak