wondering future

    
lepasan spm, asasi dan matrik selalu fikir aku nak pilih apa, dan bila peluang pertama datang rasa gelabah nak buat keputusan. aku pun pernah rasa, jadi rasa semangat untuk berkongsi apa yang aku dah lalui.

pada aku, paling penting sekali adalah minat, ada orang dia pun tak tahu apa yang dia minat. aku cadangkan pergi tengok tv, dan nilai sendiri mana satu siaran yang kau paling suka, atau perkara yang kau rasa paling kau rasa ingin tahu sangat dalam hidup kau.

kemampuan pun satu aspek yang aku rasa penting sebab korang tahu kemampuan korang kat mana jadi korang jangan letakkan diri korang terlalu tinggi dan terlalu rendah, banyak sebenarnya bidang yang korang boleh pergi. doktor, dentist dan seangkatan dengannya, aku tahu minda korang dah ditetapkan dan dibasuh dengan idea yang profesion macam tu yang perlu korang kejar. tak salah, tapi kalau korang rasa korang mampu korang boleh teruskan.

garis masa hidup aku, sebenarnya aku bersyukur sebab apa yang aku pilih tak dapat. aku tahu aku letakkan diri aku terlalu tinggi dan tak ambil kira tahap kemampuan (atau di sini lebih enak ditukar dengan tahap kemalasan) aku tak sama dengan apa yang aku pilih.

jadi Tuhan telah beri aku pilihan yang aku sendiri tak mampu nak terima pada awalnya, tapi bila aku dah lalui semuanya baru aku tahu, yang minat dan kemampuan sebenarnya benda yang sangat penting. jadi apapun yang korang pilih sebenarnya kehadapankan dua perkara ini, dan apapun keputusan yang keluar nanti sekurang kurangnya korang dah boleh kesipkan minat dari awal tentang kursus yang korang akan amik nanti.

semoga berjaya :-)

Comments

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak