May 5, 2013

dalam agama

bertegang urat itu biasa,
ulama dahulu pun sama,
zaman Sahabat sekalipun ada,
tetapi tak lama.

kerana apa,
kerana mereka tahu apa itu agama,
bagaimana cara agama itu sempurna,
untuk diamalkan dalam kesemua perkara.

tetapi kita,
baru tahu satu dua,
cerita bagaikan tahu semua,
menghukum orang yang seperti tiada apa.

sebenarnya,
dalam berkata kata,
mungkin kita lupa,
yang sebenarnya kita pun sama.

jadi apa,
boleh sebenarnya kita bersuara,
tetapi dengan caranya,
bagaimana?
dengan cara mereka yang telah berjaya.

tak tahulah kalau kau selalu buka risalah lama,
atau Google sahaja untuk belajar agama,
atau malas bertanya,
atau mungkin,
bertanya kepada guru yang disukai sahaja,
dalam statistik, itu bias namanya.

sebab itu aku tiada bergantung pada apa apa,
dalam parti ini atau persatuan sini dan sana,
tiada percaya akan satu pun di dalam laman maya, 
kerana aku sudah tahu dengan jelas kesemuanya,
yang perlu kita ikut adalah dengan cara yang sama,
iaitu dengan cara mereka yang telah berjaya.

"ah kau pun sama, takda apa apa."
sebenarnya ada,
tetapi kalau aku cerita,
kau pun takan mampu melakukannya.

jadi jangan marah kalau aku kata,
kau tak tahu apa apa.



jadi, mereka itu siapa sebenarnya?
mereka ialah yang telah dijanjikan oleh-Nya,

No comments:

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?