some guideline for toddlers

    
ini rahsia dari sudut membaca, yang pasti bukan akademik atau unsur fakta dan maklumat, yang mana aku aplikasikan dalam setiap pembacaan yang aku lalui and aku kongsikan perkara ini kepada sesiapa yang menggelar diri mereka seorang pembaca yang dewasa.


manusia mempunyai perasaan, bukan aku simpulkan ini hanya aspek membaca tetapi lebih luas lagi. pemahaman itu perspektif yang jelas. jadi setiap pemahaman kau dan aku sangat berbeza, dan itu mungkin daripada keterlaluan kau dalam membiarkan perspektif itu wujud dalam ilusi kau sendiri.

mudah, aku bagi kau gambar dan kau akan melihat dari aspek yang berbeza. perbezaan itu sebenarnya lahir daripada masa silam atau kehidupan seharian kau dan mungkin ada sedikit daripada ilmu dan karakter kau tu sendiri.

jelas? secara optimum yang kau mampu memahami setiap cerita atau luahan aku bergantung kepada minda separa sedar kau. sejauh mana kau mampu berfikir tentang apa yang aku tuliskan dan kebenarannya tetap aku yang pegang. bergantung kepada tahap kedewasaan kau.

aku? aku selalu meletakkan diri aku dalam setiap pembacaan yang aku lalui. dan dari sudut itu aku belajar dan aku kenal dan mampu meletakkan di mana aku berada dari pandangan manusia. sesekalipun aku tak pernah menyalahkan si penulis. dan sedihnya, lemah sekali pemikiran jika kau sendiri yang bodoh menyalahkan si penulis dalam luahan dia dengan perspektif kau yang langsung tidak kena mengena dengan maksud si penulis.

jadi membaca penulisan sebegini memerlukan minda yang kuat dan kental daripada terpengaruh dan mudah menjatuhkan hukum terhadap sang penulis yang tidak berdosa.


jadi secara konklusi yang jujur daripada aku, aku menulis untuk kepuasan yang aku tak mampu luahkan secara realiti. jadi sebenarnya apa yang aku tulis mungkin mengganggu kotak pemikiran setiap satu daripada kau dan kau. jadi kepada yang belum dewasa aku nasihatkan, kau baca 'headline' aku sebelum kau teruskan membaca penulisan aku.


mudahnya dunia kalau setiap manusia itu boleh memahami apa maksud yang tersirat.

Comments

Post a Comment

sedia memberi ulasan?

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak