Apr 12, 2013

pemusnah perbualan


memek muka yang pasti disebaliknya terdapat satu makna yang jelas, pasif tentang apa apa yang kau hadapi. masih lemah dalam menipu diri sendiri.

sebenarnya apabila kau rasa diri itu sempurna - maaf kali ini perkataan rasa diri itu sempurna tak mampu lagi mengubah apa apa tetapi masih relevan - sebaliknya cuba kau tenang sekejap, dan fikir tentang apa apa yang kau luahkan selepas luahan orang lain menjadi permulaan kepada rasa diri itu sempurna. kali ini kau tidak perlu rasa diri kau sempurna, tetapi orang lain pulak rasa kau cuba merangkak bersungguh sungguh untuk menjadi sempurna. annoying.

kadang kadang aku juga masih rasa aku yang memusnah, dan aku cuba diam dan biar pula dimusnahkan. aku lebih suka mendapatkan kata kata kemungkinan daripada pengalaman, dan kadang kadang sebaliknya. kerana apa yang kau rasa tak semestinya sama dengan apa yang kau dengar.

jadi setiap apa yang kau dengar cuba jadikan ia satu pengalaman, bukan satu benda yang kau perlu letakan diri kau di atas dan menundukan yang lain dengan permasalahan baru yang tak membantu - walaupun permasalahan itu bukan secara terus dan jelas.

suatu hari kau akan tahu apa sebenarnya yang kau buat sekarang ini mempengaruhi masa kau yang akan datang. sepertimana kau sedar apa yang kau lakukan semalam mempengaruhi masa kau hari ini.

4 comments:

  1. kesiannya.. Dia mencuba.. Sekurang-kurangnya.. Kau mencuba untuk terima apa apa yang selalu dicuba olehnya? Merasa diri sempurna? Tidak perlu dicuba atas kesempurnaan diri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencuba perlu ada serba salah. mudah bukan membezakan?

      Delete
    2. aku mencuba.. tapi tiada tempat dimanaa boleh dicuba.. Kau? semantara masih ada ruang dan masa yang boleh kau cuba. dan ruang tersebut hnya untuk kau.. bukan aku..

      Delete

sedia memberi ulasan ?