Dec 6, 2012

emosional psikologis


bukannya hidup ini mudah digambarkan. apabila bersuara tentang cinta, aku boleh rebah dalam kata kata, berdirinya aku longgar, hampir jatuh, pegangan aku pada yang rapuh, hampir hancur. cinta yang dibazirkan pada satu perempuan yang aku sendiri telah berikan hampir seluruh kehidupan aku padanya. aku mula lemah dalam pegangan, rintitan dari peristiwa kau dan aku mula bersama. sehingga aku dewasa, sehingga aku rasa tawar dalam bercinta. rasanya sekarang, aku boleh menjadi diri aku sendiri tetapi aku yakin sedetik aku paparkannya, bukan aku yang akan meninggalkan aku. tetapi kau kau dan kau. aku letakan diri aku di antara sepi dan realiti. aku lebih mengkaji perkembangan hidup ini apabila diri aku berpura pura mati, bangun kembali dalam satu perbahasan yang mana tiada siapa yang melawan dan tiada siapa yang menang. aku pemain dan aku pengadil. jadi hidup ini lebih adil apabila kau sedar di mana letaknya diri kau pada pandangan situasi yang kau sendiri cipta untuk suatu masa nanti, boleh untuk diimbas kembali. jadi aku ini skeptikal kerana aku ini tiada lebihnya dan hampir tiada apa. ah, di mana aku berada sebenarnya?

pernah rasa hidup di antara? 

No comments:

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?