selang seli

jadinya bila aku bercinta
dunia boleh berubah bentuknya
dan aku boleh genggam segalanya

perjalanan hidup ini bukanlah mudah, dah tidaklah pula susah. yang panduannya itu buku, yang di dalamnya ada katanya, peri lakunya. cuma salahnya aku bila sangka aku buku itu untuk zaman 1400 tahun dahulu. perlunya aku berada seperti 1400 tahun dahulu seperti perlunya seorang ibu melihat anaknya disusui. kerana aku ini punyai Tuhan yang tiada akhirnya.

jadinya bila aku bercinta
biar sahaja dunia ini bulat, bujur
dan biar hanya aku menggenggam ; janji

Comments