a sacrifice of Religion

    
All praises to Allah for giving me a strength to be together with Jamaah Ulama Palestinians. this my second time I went out for the movement of da'wah. I'll share some bayan (tazkirah) that I've heard form the translator who translated the bayan as the Palestinians spoke Arabic. Insha-Allah.

"setelah memuji Allah, selawat ke atas Nabi SAW.. Alhamdulillah, kita berada di sini atas kehendak Allah. ramai lagi yang masih berada di luar tidak dipilih oleh Allah untuk datang mendengar majlis ilmu dan kita harus banyak syukur kepada Allah. Allah SWT maha kuasa, Allah SWT maha hebat Dia tidak rugi apapun jika hambanya tidak patuh kepadaNya malah hamba itu sendiri yang akan rugi selama mana dia tidak bertaubat."

"tuan yang dimuliakan oleh Allah SWT, jika Allah SWT menginginkan sesuatu hanya dengan perkataan 'kun' maka jadilah namun dengan zat Allah yang maha hebat tidaklah perkataan 'kun' itu dijadikan perantara tetapi dengan kudrat dan keinginan Allah sahaja maka ia jadilah. jadi kita perlu fikir sejauh mana keyakinan kita terhadap Allah. Allah SWT maha kuasa, makhluk yang selama ini kita anggap hebat dengan pencapaian yang tinggi hanyalah tiada kuasa, malah dia adalah hamba kepada Pencipta iaitu Allah SWT. jadi keluarkan kebesaran makhluk dan masukkan kebesaran Allah ke dalam hati."

"begitu juga para nabi, Allah SWT mengajar para nabi tentang keyakinan terhadapNya. pada ketika Nabi Musa AS ditanya oleh Allah mengenai tongkatnya lalu Musa AS menjawab tongkat ini banyak memberi manfaat kepadaku, ia menjadi sandaranku ketika aku berehat, aku pukul (daun) dengannya untuk kambingku, dan ada lagi keperluan lain padanya. maka dengan kuasa Allah yang maha hebat lalu diperintahkan kepada Musa AS membaling tongkat itu lalu dengan izin Allah ia menjadi ular yang besar. Musa AS berasa takut dan Allah memerintahkan Musa AS menangkap ular tersebut. maka Musa AS taat dengan perintah Allah. sebaik sahaja ular tersebut ditangkap, maka dengan izin Allah ular itu bertukar kembali menjadi tongkat. lihatlah sesuatu itu tidak akan memberi manfaat kecuali dengan izin Allah SWT dan tidak pula memberi mudarat kecuali dengan izin Allah. pada suatu ketika Musa AS berhadapan dengan ahli-ahli sihir, mereka menukarkan tali menjadi ular, Allah SWT memerintahkan Musa AS agar mencampakkan tongkatnya lalu dengan izin Allah tongkat Musa AS bertukar menjadi ular dan membaham kesemua ular ular ahli-ahli sihir dan mereka selepas itu beriman dengan Allah SWT. dan pada kisah yang lain semasa Musa AS bersama kaumnya dikejar oleh tentera tentera Firaun di hadapan mereka laut di belakang mereka tentera tentera Firaun dan di sebalah kiri dan kanan mereka bukit bukau lalu kaum Musa AS berkata kita akan dibinasakan oleh tentera tentera Firaun. namun keyakinan Musa AS hanyalah kepada Allah, lalu diperintahkan Musa AS mengetuk laut menggunakan tongkatnya. dengan izin Allah laut terbelah kepada 2 bahagian dan Musa AS dan kaumnya selamat."

"Nabi Muhammad SAW pembawa rahmat kepada sekalian alam. fikir Nabi SAW ialah fikir umat. jarak antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW yang lebih 500 tahun menyebabkan masyarakat jahiliah ketika itu terlalu teruk sehingga mereka tawaf dalam keadaan berbogel, anak perempuan ditanam hidup hidup kerana malu, pada waktu siang mereka membuat tuhan mereka dengan menggunakan kurma dan apabila malam dan kelaparan mereka makan tuhan yang telah mereka buat. dan pada ketika itu Nabi SAW diutus untuk memperbetulkan aqidah masyarakat jahiliah. Nabi SAW keluar pada siang dalam keadaan bersih dan balik dalam keadaan yang kotor hanya keluar untuk menyampaikan da'wah kepada umatnya. tidak kira yahudi, kristian, Nabi SAW tetap menyampaikan da'wah. sehingga kerisauan Nabi SAW terhadap kita ketika saat kewafatan, Nabi SAW menyebut umatku."

"taat sunnah Nabi SAW dan di situ ada kejayaan. lihatlah ketika zaman pemerintahan para sahabat RA, banyak negara tumbang dan Islam tersebar ke serata dunia. satu kisah ketika zaman jahiliah, adat nenek moyang masyarakat jahiliah setiap tahun ketika sungai Nil kering mereka akan melemparkan seorang perawan yang dihias dengan cantik ke dalam sungai Nil lalu sungai Nil akan kembali mengalir. setelah Mesir ditawan, gabenor Islam Amru al-As menghantar surat kepada Umar RA mengenai perkara tersebut lalu Umar RA menghantar dua pucuk surat ; satu kepada Amru al-As dan satu kepada sungai Nil. Amru al-As membaca surat yang diutus kepadanya supaya surat kepada sungai Nil itu dicampakkan ke dalam sungai Nil. Amru al-As membuka surat kepada sungai Nil lalu membaca 'daripada Umar, wahai Nil jika mengalir air atas kudratmu, nescaya kami tidak menharapkan sesuatu pun daripada kamu. tetapi sekiranya mengalir air atas izin Allah, nescaya kami memohon kepada Allah untuk mengalirkanmu.' betapa teguhnya iman sahabat terhadap kekuasaan Allah SWT. hari ini kita mengharapkan sesuatu benda untuk memberi manfaat kepada kita tetapi tidak kepada para sahabat RA, keyakinan mereka hanyalah kepada Allah SWT."

"tuan yang dimuliakan oleh Allah SWT, lihatlah makam para sahabat RA berada di seluruh dunia tak lain dan tak bukan hanyalah untuk berda'wah. mereka menyerahkan seluruh hidupnya di jalan Allah, meninggalkan keluarga hanya ingin melihat Islam tersebar keseluruh alam. jadi setakat 40 hari, 3 hari, 4 bulan keluar di jalan Allah hanyalah langkah pertama, sedangkan para sahabat menyerahkan seluruh hidupnya di jalan Allah."

these are not perfectly same as bayan I've heard, it was more cool than I typed. there is a lot more but I couldn't remember all of the speech. peace be upon you guys.

Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!" (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Comments

Post a Comment

sedia memberi ulasan?

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak