Jun 13, 2010

perlukah aku memelukmu?

perak bibit bibit manis ditipu oleh sang pelangi
rencaman warna ; merah jingga kuning hijau biru
dan pelakon inilah yang menipu tubuhnya sendiri
dengan susunan kata kata yang senantiasa menari
seperti taburan gula yang menunggu mati yang abadi

perlukah aku pelukanmu untuk terus hidup?
engkau seperti diperlukan di dalam kancah ini
kerana engkau telah merancang dan membina
kau telah meniduriku bersama sama sang rindu

hati ini dahulu berkira kira dalam sesuatu
tetapi gelora membidas dada mengilas jiwa
seribu buah pertanyaan yang hampir busuk
setelah isi lengkungan yang kau bina kini
dihabisi dengan aksara aksara yang rapi
yang selalunya ia megah apabila berdiri
setinggi mana langkah yang kau pamerkan
kau masih tak mampu menyembunyikan diri
kerana identiti palsu engkau itu adalah chentaku

perlukah aku memelukmu, chentaku?

No comments:

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?