Mar 13, 2010

maaf

kau malaikat bukan? kau tak pernah melakukan dosa. aku tahu kau memang sempurna. tapi aku lebih memandang kepada apa yang kau beri kepada aku. bukan material tetapi ihsan. bukan di hadapan sahaja, malah di belakang aku. sedangkan kau menghina perlakuan aku yang sebenarnya kau pun sama. jadi aku tarik balik kata kata aku tadi dan aku lemparkan semula, kau syaitan, menghasut dan berpura - pura. aku ingat lagi apa yang kau nasihat pada aku dulu. cuba kau renung dan pantulkan ia semula kepada kau sendiri. aku tak kata aku tak pernah berdosa, tetapi sekurang kurangnya aku tidak berbangga dengan dosa dan tidak membebankan persekitaran yang semakin hari semakin muak dengan tingkah laku bodoh kau. dan aku percaya kepada hikmah daripada sebaris ayat ni 'si bodoh akan digemari dengan orang orang yang bodoh'. MAAF.

serba sedikit terpalit pada baju aku. aku tahu, nanti aku basuh.

No comments:

Post a Comment

sedia memberi ulasan ?