sempadan yang sepi

    
persoalan demi persoalan dirotan
tapi ia masih merogol hati yang masih bermimpi
menerkam tatkala mencapai najam yang berduri
serta menghalang laluan yang tidak berpenghuni ini

wajar tak kalau semua perkara dipersoalkan?
oleh mulut mulut hingusan yang baru berdiri
hanya sedikit ideologi baru yang dianggap tinggi
bagi diri mereka yang tidak tahu menilai sendiri

kenapa semua masih membisu dan berlari?
tak bolehkah sesaat engkau menoleh dan berhenti
kerana aku masih tidak mampu melepasi sempadan ini
kerana itu, sempadan ini dianggap sepi

hiraukan aku kalau kau betul betul tak mahu
tapi sebelum engkau berlalu ke arah tujumu itu
menarikan pen itu seraya layangkannya kepada aku
supaya aku tahu, kenapa kamu semua selalu begitu


terima kasih untuk semuanya :(

Comments

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak