aku memang macam ni

    

dulu aku tak kenal apa itu ramah
ramai yang datang tapi aku halau
sebab aku tak reti nak melamar
sebab aku tak reti nak bermesra
sebab aku tak reti menimbang rasa
dan aku tak reti melayan kamu semua

kau patut rasa bertuah dan serba tahu
sebab bila aku mula menggenggam tangan kau
aku takkan lepaskannya melainkan kau
yang mula melepaskannya

kadang aku genggam tak cukup kuat
sebab aku masih lemah dalam bulatan
tapi kenapa kau tak teguhkannya semula ?
kenapa perlu aku juga ?
kenapa ?

tetapi bimbang itu tiada lagi
kerana masih ada kau
kau yang mahu aku bersatu

aku memang tak sempurna
tapi aku tak pernah berahsia
sebab aku percaya
sebab aku percaya
dan sebab aku terlalu percaya

tapi kenapa kepercayaan aku
tak pernah teguh
tak pernah kekal
sebab kau yang robohkan

tapi kenapa kau diam
kenapa tak bangun dan berdiri
kenapa masih kau pendam

sejarah memberi kita seribu satu pengajaran
jadi selepas ini aku pasti berhati - hati
kerana aku masih belum pasti
yang mana rapuh yang mana sejati



aku masih ada h, m, i, f, n, n, s, i entah lah

Comments

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak